Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Sunday, 25 December 2011

calon suami?


Tak minta yang SOLEH, sebab aku pun tak lah SOLEHAH sangat..
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab aku lagi jauh untuk bergelar USTAZAH..
Nak minta yang KAYA, aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada...
Nak minta yang HENSEM, aku tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian yang Allah ciptakan..
Nak minta yang BERPANGKAT, aku hanya seorang HAMBA..
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA aku seadanya sebagai ISTERI dengan ikhlasnya..
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencara jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina.
Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia..
Amin~~


p/s:: keikhlasan. kejujuran, kesetian dan ketulusan yang aku perlu sepanjang percintaan ini..

Monday, 19 December 2011

wordless Monday #

terima kasih kerana memberi satu kisah yang bermakna
venue : UKM
p/s:: sahabat itu menerima seadanya. Dan menjadi satu pengorbanan dan perkongsian yang tiada harga yang mampu beli.

Thursday, 15 December 2011

15 Disember 2011

Haah la.. tarikh atas ni.

Birthday aku, hari kelahiran aku..

officially dah pun umur 22tahun. Muda lagi jah~~~

Masih dalam permulaan perjalanan banyak yang perlu jalani.

Walaupun banyak yang terjadi sebelum hari kelahiran aku tak pe..

Tak pe itu saja yang mampu aku katakan. Allah sayangkan aku. Amin~

Makin banyak dugaan dan cabaran aku kena tempuh.

p/s::Apa-apa pun terima kasih u all semua yang wish birthday. Gembira diberi peluang untuk melihat dunia ku bersyukur ya Tuhanku..

jangan menghukum sangat la~~

redha atau tidak , itu urusan aku dengan Tuhan . ikhlas atau tidak , Tuhan lebih tahu .

ada diantara kalian tak pernah cuba untuk memahami aku , tapi berlagak memahami aku .

p/s: kenapa ya tak diberi peluang untuk dijelaskan semua ? mudahnya menghukum dengan undang-undang sendiri kalau tak tahu ceritanya.

Sunday, 11 December 2011

makna tarikh lahir anda n pasangan yang sesuai

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

p/s:: hanya tafsiran saja... Jangan percaya sangat ok ^___^

Thursday, 1 December 2011

hai Disember!!!

bulan terakhir bagi 2011... Tak lama lagi hari jadi aku menjelang tiba.. Waduh2! Sangat la cuak la kan. Nak exam lagi.. Kena hantar asignment lagi.. Banyak benda yang akan berlaku pada bulan disember ini.. Harap semua berjalan lancar dengan kehendak-Nya.

Hmmm.. baru je start bulan disember ni.. 1hb kan yang sangat pilu sikit.. Tadi gadoh dengan my prince charming.. Perbalahan yang mengundang risiko yang sangat tinggi.. Kitorang gadih teruk.. Tapi selamat dapat dipulihkan dengan sikap toleransi.. Apa-apa pun i love u my prince!!!

p/s:: sejauh ini kami masih berjalan..

Tuesday, 29 November 2011

disana ada kenangan

Selama 3 hari 2 malam di The Wood Resort & Training kat Ulu yam je.. Walaupun dekat tapi tak pa keseronokan tetap ada.. Ini first time aku join team members counselling labs.. Sepanjang 3 hari itu banyak sangat tersimpan kenangan yang tak akan aku lupa kan walaupun sesaat aku kat sana.. Seriously banyak benda yang aku belajar di sana.. Seronok tak terhingga.

tersimpan dinding2 kenangan disitu..

Banyak aktiviti yang dijalankan.. Alhamdulillah aku tak terlepas peluang untuk mengikuti semua modul yang dijalankan.. Walaupun agak kepenatan tapi amat berbaloi.. Sumpah!!! memang terbaik!!!

p/s:: kekal sampai bila-bila seperti ini..


Sunday, 13 November 2011

35 sebab saya cinta awak..


1. Saya boleh jadi diri saya sendiri bila saya bersama dengan awak..

2. Bila idea awak seperti lampu yang malap, saat romantik dan muzik yang lembut ia adalah hanya untuk kita berdua sahaja.
3. Kerana awak membuat rasa saya.. seperti.. seperti... seperti yang tak pernah saya rasai..

4. Saya boleh kongsi apa saja dengan awak dan awak tak akan terkejut.

5. Cinta abadi awak adalah untuk kita simpan api cinta kita yang membara.

6. Bila kita berdua bersama kita mampu membuat sesuatu yang silap mata.

7. Kita adalah pasangan yang sangat serasi untuk bersama.

8. Fikir pasal awak membuat saya mengisi hidup saya dengan perasaan yang sangat indah.

9. Cinta yang awak berikan pada saya adalah terbaik dalam hidup saya.

10. Awak tak pernah buat saya putus asa malah awak kuat kan saya untuk teruskan.

11. Saya cinta awak adalah benda terbaik dalam hidup saya..


12. Awak bukan lawan saya tapi kita boleh lawan kekuatan cinta kita.

13. Awak mampu menghiburkan saya dengan lawa bodoh awak tu.

14. Setiap kali saya menatap wajah awak, seolah jantung saya terhenti seketika.

15.Awak sahaja yang mampu kunci hati saya.

16. Awak selalu berkata dan ia perlu saya dengar bagi saya awak sempurna untuk saya.

17. Awak mengajar saya erti dan makna cinta yang sebenar.

18. Cinta ini bermakna awak adalah saya dan saya adalah awak dan segalanya.

19. Awak merupakan tema wajib untuk saya mimpikan.

20. Saya hanya mempunyai masa dan tanggungjawab untuk awak sahaja.

21. Apabila saya melihat kedalam anak mata awak saya mampu rasa perasaan awak dan dengupan jantung awak terhadap saya.

22. Cinta awak adalah semulajadi pada saya.

23. Saya suka dengar suara awak sebab buat saya tenang.

24. Cinta awak mampu mencari diri saya sebenar.

25. Cinta awak sangat berkesan untuk saya tidak berputus asa dalam menyintai awak.

26. Kalau boleh saya ingin setiap pagi awak berada disisi saya supaya hari-hari saya akan ceria.

27. Awak selalu membuat saya merasa saya perlu bersama awak tak kira masa.

28. Saya berasa sangat selamat bila awak memeluk diri saya.

29. Saya suka cara awak walaupun kadang-kadang perangai budak-budak saya keluar tapi awak tetap nampak tenang.

30. Bila dengan awak , dunia ni kita punya.

31. Awak perkara penting dalam hidup saya.

32. Saya suka perilaku awak sebab ia nampak awak mengambil berat pasal saya.

33. Saya suka bila awak menghargai barang yang saya hadiah kan.

34. Saya suka bila awak sedarkan saya bila saya melakukan kesalahan.

35. Saya suka kebijaksanaan awak sebab jatuth cinta dengan saya ^____^


Friday, 11 November 2011

bersediakah aku..?

Hari ni bertarikh 11/11/11.. dan ramai yang memilih tarikh ini untuk membina masjid dan terus melangkah ke alam itu.. Termasuk la kawan sekelas aku syiera yang baru selesai bernikah pagi tadi..


Huh!! tahun ni aku dah 22tahun.. tahun depan 23tahun makin lama makin meningkat umur kita kan.. Usia sebegini tipu la kalau perempuan tak pernah memikirkan soal perkahwinan.. Alam berumahtangga ni kan.. Even aku sendiri pun pernah terfikir dan berangan pun ada nak mempunyai keluarga sendiri.. Nampak macam seronok kan!! Tapi itu la persoalannya.. "BERSEDIAKAH AKU?"

Hmmmm.. aku tahu tajuk macam ni adalah umumkan.. so mari la kita fikir sejenak... Kalau aku sebagai wanita kalau dah khawin nanti apa aku perlu buat?:::

*yang pertama yang wajib ialah simpan rahsia suami dan hal rumahtangga serta patuh pada suami (mampu ke? sedangkan bercouple pun mesti nak bercerita dengan orang lagi la nak ikut segala..)

*ke-2 wajib amanah dan amanat dalam menjaga harta suami dan pandai menguruskan hal kewangan (fikir balik macam aku ni selalu perhabiskan ade la..)

*ke-3 kena bangun pagi-pagi nak siap pakai dan makan dia (aku pun kadang-kadang bangun lambat..ape ce?hahaha)

*ke-4 kena tidur besama dengan suami even dia berdengkur (sanggup ke? kadang-kadang radio sebelah bunyi pun dah suruh tutup)

*ke-5 kena jaga hati suami dan keluarganya sebaiknya (yang 5 ni la kan.. kadang masa couple pun dah buat hati terluka ni pula nak jaga hati keluarga dia.. kadang-kadang hati keluarga sendiri pun tercela)

*ke-6 kena masak untuk suami setiap hari (pergh!!! kalau dapat suami yang boleh toleran tak pe..kalau jenis hari-hari nak makan masakan macam mana?)

*ke-7 ni korang fikir la sendiri ok? ni antara yang perlu difikir kan...

Aku tahu ada orang cakap "kalau macam tu tak khawin la aku kan" so tempuk dada tanya la diri... Kalau nak berubah la.. Apa yang aku boleh cakap kahwin ni kena BANYAK komitmen semua pihak kalau tak ada payah la kita nak membentuk rumahtangga yang bahagia dan harmoni..

ooo...yee... nak tambah sikit lagi (terlupa pula) kalau nak merancang ada anak pastikan kewangan korang tu betul-betul stabil.. sebab kos sara baby aka anak ni tinggi... (bukan nak takut kan just nak nasihat) walaupun aku ni belum nak langkah ke sana , aku juga perlu nasihatkan diri sendiri..

p/s: apa-apa pun "bersediakah aku?" jawapannya.. "aku masih belum bersedia..

Thursday, 10 November 2011

cinta tak sentiasa mudah kerana Allah sentiasa menguji kekuatan untuk kita lebih matang dalam ujiannya..



Jangan bersedih... kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dengan dugaan hebat kerana itu tanda kasihNya..

Jalannya dihiasi duri-duri duka dan luka, tidak akan dibiarkan dengan lena dalam nikamat limpahNya..

Tapi dihidangkan dengan keperitan susah payah yang tiada sudah..

Ambil lah hikmah setiap peristiwa dalam hidup anda, maka kita akan sentiasa mendapat manfaat dari setiap peristiwa yang berlaku..

Jangan pernah fikir kita ini berbeza secara harfiah dan lahiriah, kerana kita melangkah di bumi yang sama dan mendongak searah yang sama..

Hidup terlalu pahit dan pedih jika tidak diwarnai oleh hati yang redha dengan takdirNya...

Senyumlah kerana tandanya DIA amat menyayangi hambaNya.. syukur alhamdulillah dengan kasihNya... 

Semoga kita tabah dan kuat untuk menempuhi hidup yang meguji keimanan dan kesabaran ini.. Amin~~

Tuesday, 8 November 2011

tiga perkataan yang terlalu indah

I love you.. Aku cinta padamu.. Aku sayang kamu...wo ai ni.. te guiro.. ashiteru... dan sebagainya la kan... kata keramat ni senang nak dikatakan buat semua orang tapi untuk seikhlasnya sangat la payah melainkan 2 hati yang ingin menjadi 1 jiwa.. Ia bukan mudah untuk kita fahami maksud 3 perkataan ini.. Kerana ia terlalu abstrak untuk dinyatakan.. (dan seperti dalam lagu 3kata dari KRU)

Seperti perlu kita tahu perasaan cinta ini bila terasa ia seolah bagaikan kita diawang-awangan tanpa memperdulikan orang lain dan anggap dunia ini seperti kita yang punya.. tapi AWAS... cinta ini bukan la untuk semata untuk kebahagiaan tapi untuk segalanya.. Memang mudah dan gembira bila kita dah bercinta tapi perlu di ingat dugaan akan datang.. Jadi JANGAN leka..


bila seorang teman berkata "aku cinta kamu" wah!! rasa sungguh indah hanya kau dan aku saja ada di dunia ini.. dan segala urat saraf kita menjadi aktif, darah mengalir dengan laju.. Kata keramat in juga mampu MERUNTUHKAN EGO seseorang manusia apabila ia menerimanya.. Dan boleh dikatakan hanya kau mampu buat aku bahagia sampai bila2.. "aku cinta kamu" juga mampu membuat semua sesiapa bercinta berjanji setia walaupun kita akan tahu akibat nya...

Begitu la cinta... Cinta itu suci tapi manusia juga mengotorkan cinta... Cinta itu tak buta tapi manusia yang membutakan semuanya.. Jadi kita sebagai manusia yang bertemu dengan cinta ingatlah jaga la ia sebaik mungkin dengan cara anda sendiri.. Jangan dengar segala anasir-anasir jahat yang mampu meruntuhkan hubungan kita..

i love u!!! ucaplah buat diri sendiri.. untuk Allah.. untuk ibubapa.. Untuk guru-guru.. Untuk sahabat dan teristimewa.. Cinta itu titian untuk kekuatan..

p/s:: peringatan untuk kekuatan diri dan untuk anda yang bercinta..

syukur kerana bukan dia..

kenapa Allah tak kekal kan jodoh aku gan dia sebab Dia tahu apa yang terbaik buat aku.. Semalam aku tengok la exbf aku punya FB.. Masyaallah.. Bukan la aku ni nk buruk kan orang atau pun nk cerita keburukan orang.. Cuma aku bersyukur sangat sebab tak dijodohkan bersama si dia tu.. 

Bukan la aku nak kata aku ni perempuan yang baik.. dan tak akan mengaku pun aku ni baik.. Sebab manusia tak pernah cela untuk membuat kesilapan.. Berbalik kepada topik syukur kerana bukan dia.. Bukan apa la kan.. Aku bukan la nak dengki ke dengan kebahagiaan dia tapi tu la tengok kehidupan dia makin teruk dan tak macam orang melayu..

Aku tengok keluarga dia pun.. hmmm.. Rasa tak baik lak kan buka aib orang kan.. Tapi apa yang aku boleh kata aku bersyukur kerana dipertemukan orang yang lebih baik dari si dia itu.. Kalau kawan dia baca nak je aku cakap "Aku tak luak pun nak kawan ko tu" .. Sekarang aku dah cukup bahagia dengan bf aku.. Walaupun aku tahu masih jauh perjalanan aku dengan dia..

macam aku apa yang aku publish kat fb aku "alhamdulillah aku tidak bersama dengan dia.. dan aku dipertemukan aku gan lelaki yg lbih baik.. semua nya ada kebaikan bila jodoh itu xda.. sbb Tuhan akn beri kita yg lbh baik.. so apa yang aku tahu aku bersyukur sangat pada Allah..

p/s:: walaupun kadang-kadang aku terfikir aku menyesal tak bersama si dia tapi bila fikir betul-betul semua yang terjadi ada kebaikannya.. aku percaya Allah sentiasa beri yang terbaik buat hamba-Nya.

Friday, 4 November 2011

Tower heist review

hai fellows...hari ni Lydia nak la bagi review sikit tentnag cerita TOWER HEIST.. Lydia dah tengok cerita ni pada hari khamis lalu...Mesti tertanya kan best ke cerita ni kan.. so Lydia akan bagi review sikit la and anda semua nilai la sendiri ok..


Nampak tak authors semua popular kan.. So this the review.. Cerita ini mengisahkan sebuah bangunan kediaman buat orang-orang kaya.. (macam kondo la) tapi ni memamg mewah la... Dimana Ben Stiller bekerja sebagai manager maintenance kat situ kira macam penjaga la segala perihal tentang Tower heist ni..(bukan guard taw).. So mesti korang tanya kan apa kena ngena gan Eddie Murphy tu kan.. Dia ni merupakan seorang penjenayah ringan la..(curi2 rompak)..

ni tengah usha tower untuk plan rompakan dorang..

Apa kaitan gan si Ben ni adalah si Ben ni minta tolong si Eddie ini untuk merompak/ membantu untuk salah sebuah rumah yang dimiliki oleh sorang kaya ni.(Lydia lupa apa nama dia) kes nya penyelewengan wang syarikat serta pekerja kat Tower tu yang melabur kat dia...

THEN....... korang kena la tengok cerita ni.. hehehe ^____^ sikit2 je la.. unsur cerita more to action and comedy.. thats all la.. Lydia just give 3star saja..hmmm..



real steel for 2nd time


bak kata kakak aku "girl dah kena badi real steel"... hahaha.. aku cakap dengan korang semua rugi sangat kalau tak tengok.. Bukan apa impact dia sampai sekarang aku rasa.. Walaupun ada orang cakap bazir duit la tengok kat wayang tunggu CD keluar!!! apa yang aku nak tegas kan kat sini impactnya tetap berbeza!!! tak kira tv korang tu plasma ke audio leh gegar kan rumah ke.. Lain rasa nya kalau tengok kat cinema.. Itu yang perlu korang perlu tahu.. yang leh aku komen terbaek!!! terbaek!!!! terbaek!!!

author hero:: Hugh Jackman
author heroin:: Evangeline Lilly

Aku ni tak pandai nak bercerita sangat tapi nak bagi review la kan buat siapa-siapa yang tak tengok lagi...Cerita pasal robot siapa paling kuat la.. so dalam cerita ini ada la unsur kasih sayang anak dan ayah, kesungguhan, romatik pun ada.. sedih dan excited pun ada.. 

Bermula kisah ni apabila Hugh Jackman aka Charlie yang menjual hak custody anak sendiri, yang BARU je diperolehi dari mahkamah selepas ex gf dia meninggal dan dia tak pernah tengok pun anak dia tu yang bernama max yang berusia 11tahun so si carlie ni pin nk jual la kepada kakak ex gf dia yang kaya semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membeli robot baru untuk cari duit dan lawan robot lagi la.

Sebelum bagi sepenuhnya hak kepada Debra, his ex's sister, dia meluangkan masa dengan Max, anak luarnikah dia. Kat sini la, hubungan anak and ayah pun bermula macam tu secara tak langsung Max turut bergelumang dengan dunia robot ni lebih-lebih lagi sejak jumpa robot buruk yang bernama Atom yang 'accidentaly' saved him dari jatuh dalam gaung (masa tu dia dan ayah dia pergi cari alat ganti robot la kononnya kan). lepas tu banyak la incident yang berlaku nak tau lebih tengok..hahaha ^____^

 max and ayah tengah buat perjanjian..

 max bersama robotnya atom..

 gf ayah dan max..

perempuan kaya yang belagak!!!

apa yang aku leh kaba kan kat sini.. MESTI TENGOK!!

Friday, 21 October 2011

wordless friday 2# - real steel best!!!


thanks my BFF because merealsasi kan impian aku nak tengok cerita ni..
MEMANG TERBAIK!!! 5 ***** AKU BAGI DER!!!
TAK RUGI BELI TIKET!!! ^___^

Tuesday, 18 October 2011

RM500=/ per day!!!

minggu lepas.. boring sangat duduk rumah so decide la keluar shopping so Lydia keluar duit kat bank RM500... Hmmm.. sebenarnya keluar tu pun sebab nak cari wages untuk pakai pergi kelas.. So jalan-jalan la around KL.. Ampang Park.. and Jusco.. And finally jumpa la kat Vincci.. Sebenarnya Lydia berkenan kasut kat Marie Claire tapi dah abis stock... so beli je la.. 

 ni la wages nya..
3inchi je..
yewwww ^__^

so beli dah berjalan tu dengan ada duit tu apa lagi tak sedar diri la kan.. shopping punya shopping ni la hasil nya...

antara barang yang Lydia beli.. shawl.. purse baru.. jeans.. barang2 perempuan yang tak boleh dinyatakan...kikiki.. dan lain-lain la..

so the moral of this story is jangan bawa duit banyak2 nanti habis.. ni namanya nafsu yang tak boleh bela buat wanita.. Tapi RM500 tu tak la sia-sia sangat Lydia bayar bil juga!!! kikikiki.. so kena la balance k... jangan sampai shopping berabis hutang keliling kan.. And makan pun penting gak.. tak da la perut ni kelaparan balik tu :))

Wednesday, 12 October 2011

demam~~

dah beberapa hari ni Lydia dah tak update atas kesihatan yang tak begitu baik.. Lagipun banyak sangat hal-hal yang kena di settle kan.. rindu sangat kat blog dan muka buku.. aduhai~~~ nak macam mana kan.. dah demam tambahan penyakit lama datang balik.. slipped dics .. Sakit sangat nak bangun berdiri tak senang.. duduk tak senang.. baring je la mampu..

ni ubat-ubatan yang doktor bagi..
ubat batuk + antibiotik + demam + tahan sakit..

dan MC yg diberi selama 5hari cuti..

Nampak macam best kan cuti lama-lama.. dan ada orang kata untung la cuti lama kan.. sebenarnya TAK BEST!!! sebab pelajaran ditinggalkan + bosan yang teramat sangat.. asyik rehat je la.. hemmm.. Tak pe la penyakit ni penghapus dosa kecil.. ada baik juga bila sakit ini.. Tuhan nak suruh kita beringat jangan terlalu seronok..

p/s:: hope cepat sembuh!!!

Thursday, 6 October 2011

buat header kerja sambilan?

Huh!!! bukan mengeluh tapi happy sangat sebab ada yang request suruh buat header tapi tu la masih dalam belajar untuk guna photoshop ni.. Buat masa sekarang ini buat header untuk blog ni hanya sebagai hobi dan suka-suka je.. tak ada la sampai nak menjual ke apa.. Lydia bukan la hebat dalam design2 bagai ni.. Just simple make the header kan.. 

Sekarang ni tengah buat header untuk bff je.. Lepas ni siapa lak kan.. hehehe ^__^ .. Apa-apa pun Lydia nak say thanks sangat buat bff Lydia juga yang ajar pakai photoshop.. sekarang dia lak sibuk dengan photography dia kan.. So untuk pengetahuan semua Lydia menggunakan photoshop, photoscape, picnic dan photobucket untuk semua header.. Its learning time..

so ini antara header yang Lydia pernah hasil kan sepanjang berblogging Lydia.. Untuk diri sendiri dan bff..

1

2

3

4

5

6

7

so ini la hasil kerja Lydia!!! hehehe ^___*



second header for her..


to my bff hope u like this!!!

Wednesday, 5 October 2011

seribu sesalan!!!

dah jam 3pg.. mata ini tak mau tidur lagi.. padah sebab minum coffee yang Lydia beli kat Starstrex Starbucks!!!

ni gara-gara sebab nak minum sangat caramel latte kan dah sakit kepala tak boleh tidur.. PANDAN MUKA AKU!!! huh!! aduyai.. tulung-tulung.. mahu tidur ar mata.. Sok dh la ada kelas ni...

muka excited dapat caramel latte!!!
sodap sangat!!!

tu la lupa la nk mintak without coffee ni dh nyesal.. mata dah terpina-pina ni.. segan-segan je mata ni nak tidur tau.. harap pas ni boleh la tidur kan.. esok boleh pergi kelas senyum-senyum macam kerang busuk kan.. (apa la Lydia merepek ni) hahahaha ^___^

muka kene freez~~~

p/s:: sebelum Lydia merepek lagi kan.. baik pergi berangan-angan dulu.. nanti compem boleh tidur punyer kan.. so the moral of story jangan nak mengatal minum kalau tak boleh minum.. kan dah jadi sribu sesalan..

header untuk bff..

sebab request kan.. 
aku buat khas untuk kau.. 
sorry kalau tak cantek!!! 
aku still belajar.. kiikikiki.. 
tak suka cakap tau..
 Nanti aku buat lain untuk kau.. 


p/s:: thanks tau for the itu2 menda!!! class kau maria!!!

Tuesday, 4 October 2011

jadual exam dah keluar!!!

EXAMINATION SCHEDULE
No
Date
Day
Course Code - Name
Time
Venue
1
04/01/12
Wednesday
ESB4014 - Theories and Philosophy in Counselling
09:00 AM - 12:00 PM
To Be Determined
2
04/01/12
Wednesday
ESB4003 - Group Counselling
02:30 PM - 05:30 PM
To Be Determined
3
05/01/12
Thursday
ESB4024 - Social Changes in Society
09:00 AM - 12:00 PM
To Be Determined
4
05/01/12
Thursday
ESB4083 - Individual Counselling
02:30 PM - 05:30 PM
To Be Determined
5
06/01/12
Friday
ESB4093 - Career Counselling
03:00 PM - 06:00 PM
To Be Determined
6
08/01/12
Sunday
ESB4064 - Special Children and Family Counselling
09:00 AM - 12:00 PM
To Be Determined


nampak tak?!! aduyai!! kena la study ni.. study hard + study smart!!! walaupun lama lagi tapi dh cuak ni (sambil gigit jari) kena la siap bersedia ni.. blogging, blogging juga kan.. STUDY2!!!

class yang makin padat..

Dah 2 minggu Lydia pergi class.. seronok and makin bersemangat sebab jadual yang makin padat yang amat.. Terpaksa la bangun pagi-pagi buta untuk siap ke class.. Sebab class start pagi.. Lydia travel so lagi la kena bangun awal kalau class kul 8, kul 6 pagi dah kena bangun nak kena bersiap.... 

Sem ni Lydia ambil 6subject semuanya majoring.. Oh ye!! lupa lak.. Lydia ambil majoring counselling.. ceh2!! nak jadi counselor ini.. walaupun tak berapa la nak betul tu just sebagai profesion je kan.. tak salah pun.. 

Ni kat bawah ni schedule untuk sem ni.. tak la padat gila.. tapi loteh la sikit!!! hehehe ^___^.. Sem ni kene achieve lebih sikit sebab nak kekal kan pointer.. so kena study hard.. Exam pun tak lama lagi  bulan 1, 2012.. huh~~~ ^___!^

  CLASS SCHEDULE
 No
Day
Time
Course Code - Name
Section
Venue
1
Friday  
10:30 AM -11:30 AM
ESB4003-Group Counselling
2
TR15 - B1 Level 08, LCS
 
Wednesday  
08:30 AM -10:30 AM
ESB4003-Group Counselling
2
TR15 - B1 Level 08, LCS
2
Thursday  
01:30 PM -02:30 PM
ESB4014-Theories and Philosophy in Counselling
2
TR43 - Annexe, LCS
 
Tuesday  
08:30 AM -10:30 AM
ESB4014-Theories and Philosophy in Counselling
2
TR43 - Annexe, LCS
3
Monday  
01:30 PM -03:30 PM
ESB4024-Social Changes in Society
2
TR18 - B3 Level 09, LCS
 
Wednesday  
10:30 AM -11:30 AM
ESB4024-Social Changes in Society
2
TR18 - B3 Level 09, LCS
4
Thursday  
08:30 AM -09:30 AM
ESB4064-Special Children and Family Counselling
2
TR27 - A2 Level 10, LCS
 
Wednesday  
03:30 PM -05:30 PM
ESB4064-Special Children and Family Counselling
2
TR26 - A2 Level 10, LCS
5
Monday  
08:30 AM -10:30 AM
ESB4083-Individual Counselling
2
TR42 - Annexe, LCS
 
Tuesday  
10:30 AM -11:30 AM
ESB4083-Individual Counselling
2
TR42 - Annexe, LCS
6
Friday  
11:30 AM -12:30 PM
ESB4093-Career Counselling
2
TR29 - A2 Level 10, LCS
 
Wednesday  
11:30 AM -01:30 PM
ESB4093-Career Counselling
2
TR29 - A2 Level 10, LCS 

officially ~~~

hai buat semua sahabat bloggers..  MR. GOOGLE dh pulang blog saya.. yeppi!!! seronok sangat.. kepada sesiapa yang dah follow kat blog baru tu thanks tau.. buat semua Lydia akan terus update kat sini je lepas ni.. thankz semua.. Lydia rasa sangat seronok-ronok..huhuhu ^_*

Hari itu kemain lagi  Lydia menangis sakan sebab blog ini hilang.. Mau nya tak nangis.. Dah banyak entry and follower kan.. Sampai bf  Lydia and kawan semua gelak.. hehehe mana tak nya hati dah ada kat blog ni.. Walaupun blog baru itu sama rupanya tapi hati ni tetap kat sini.. Buat semua enjoy read again!!! ^_^

so buat u all semua just visit here ok!!! thaknz again MR.GOOGLE.. i lop u lah!!

Friday, 30 September 2011

header oh header



mana ok ek??

spread of love


Hari ini sangat happy because dapat keluar dengan my sis eventhought keluar kejap je kitorang lepak at pavilion.. Tuhan masih bagi kesempatan untuk bertemu dan berbual sama.. Walaupun kita hanya dapat bersama seketika the kind of the memories never be replace.. Thanks to my sis yang hang out with me.. Ilovesomuch <3

 its our breakfast at coffee bean 
caremal for me.. vanilla coklat for her..

lasagna yang sangat sedap!!!

thanks for this moment kak ina...
and thanks for the belanja makan-makan..kikikiki ^_^

Monday, 26 September 2011

kalau ini terjadi apa perlu buat??

korang pernah tak tengok iklan ni??
mesti pernah kan.. kalau yang tak pernah itu tengok la..


kalau la terjadi pada korang yang girls la terutamanya..
apa perasaan korang?

Sunday, 18 September 2011

cinta ini dihalang dan terhalang

Mungkin ada yang pernah rasa seperti aku, setiap orang pasti ada halangan nya.. Mungkin aku kena rasa bersyukur dengan apa yang di timpa aku.. Aku tak nak salah kan sesiapa dan tak mahu juga dipersalahkan biar lah aku simpan selama yang mampu.. Dan biar aku dilihat senyum seperti biasa..

Cinta aku dihalang dan terhalang...Mungkin orang tak akan faham dan tak pernah rasa atau pun orang kata biasa.. Duduk tempat aku baru kau tahu rasanya aku.. Dulu aku dihalang dan terhalang dengan orang luar sekarang dengan orang yang aku sayang.. Aku kena hadapi.. Mungkin takdir ini menyakitkan aku.. Sama  ada harus aku pergi atau duduk diam je.. Aku tak pernah keliru dengan apa yang aku nak.. AKU NAK BAHAGIA dan orang SOKONG hubungan aku ini..


Tembok yang memisahkan kita walaupun aku bersama kau.. Tapi tak apa walau macam mana pun aku tetap aku berjuang walaupun orang keliling benci dengan hubungan kita,. Aku tak kan pernah heran sampai bila-bila.. Cinta aku tetap macam itu tak akan pernah berubah walaupun angin itu bersimpang-siur.. Aku tetap dengan aku dan tetap dengan segalanya.. HALANG la macam mana aku tetap kuat ada di sini.. Walaupun satu kekuatan diberi kekuatan itu memadai untuk aku terus hidup disini.. Aku yakin ini tentuNya..


Aku tak akan lepaskan walaupun ada yang kata "let he go" .. Jawapan aku tetap sama TIDAK!!! aku cinta dia dan dia juga.. Halang la macam mana pun kebahagiaan itu tetap aku tunggu walaupun parah yang aku harus tanggung.. "Dengki dan benci la pada aku, yang kau perlu tahu aku tetap dengan aku" AKU TEGAR!!! aku lebih kuat hadapi dan tak akan putus asa walaupun aku mati!!!


Macam ayat atas ini "LOVE NEVER FAILS" macam itu la aku.. aku kuat untuk hidup aku.. Bukan kau yang menentu hidup aku.. Aku akan ingan janji Allah pada hambaNya.. dan aku yakin dia jodoh aku.. "kalau orang halang la cinta kita macam mana pun orang halang kalau Allah itu kata dia jodoh kita maka dia tetap jodoh kita dan sebaliknya.." Aku kuat dan aku simpan.. "takdir itu terjadi bila keputusan itu kita buat" jadi aku tetap gan keputusan aku "alang-alang menyeluk pekasam biar la sampai kepangkal lengan".. dan aku tak jadi "batuk ditepi tangga" TAK AKAN!! Aku bersungguh untuk berjuang!!!

ingin ketawa seperti dulu..

Aku manusia yang inginkan seorang teman yang mampu buat aku ketawa yang mampu bahagia kan aku sementara aku ada di dunia.. Bila aku sedih aku ingin seseorang yang mampu buat aku ketawa dengan lawak jenaka bukan serius je.. Tiap kali kau pandang gambar yang membahagiakan ada yang telah hilang iaitu keikhlasan dalam senyuman.. Mungkin orang hanya mampu melihat zahir tapi hakikatnya tidak la seperti itu.. Aku ingin luah tapi siapa dengar hanya cerita biasa yang tiada jawapan sebenarnya..

Aku ingin ketawa seperti dulu hingga mapu menitiskan air mata takkala aku ditimpa musibah.. Aku ingin seseorang yang mampu capai dan pegang tangan aku dengan erat serta membari sokongan semangat untuk aku teruskan dengan musibah dan dugaan ini.. Sahabat? Teman? Atau keluarga? Siapa yang faham..? Tiada.. hanya aku dan DIA mungkin tahu sesak ini..

Aku ingin ketawa seperti dulu!! tolong aku.. aku ingin senyum sampai telinga.. Aku ingin ketawa dengan penuh rasa ikhlas dan cinta.. Ya Tuhanku.. Bantu la aku.. untuk terus hadapi dan semoga aku dapat jumpa ketawa seperti dulu..

Wednesday, 14 September 2011

aku BUKAN penulis blog yang tega..

Hari ni nak guna bahasa "aku" kat dalam entry ini... Aku tahu aku hanya adalah penulis blog yang biasa yang hanya ingin berkongsi cerita hari-hari aku dan luahan hati aku.. Aku tak reti nak tulis blog yang boleh orang jadikan aku ini favorite.. Sebab aku hanya hanya reti cerita tentang hidup aku.,.. MUNGKIN aku hanya ada blog sebab nak jadikan blog aku ini tempat aku cerita segalanya dan aku harap ada SESIAPA yang ingin berkongsi bersama aku..

Aku bukan HOT atau NAK NAMA.. Cuma aku nak semua orang tau kisah hidup aku.. Mana la tau tiba-tiba ajal aku sampai ada juga yang kenal aku kat dalam blog ni.. Sekurang-kurang cerita aku tak la terpendam semuanya.. Aku tak kisah orang NAK kritik atau cakap blog aku ni waste or benda yang tak berfaedah.. Apa yang aku tau setiap orang yang ada blog pasti ceritanya dan ada yang dikongsi bersama..

Aku nak ucap TERIMA KASIH kat semua FOLLOWER aku sebab sudi follow blog aku yang tah apa-apa ni kan.. Aku harap suatu masa blog aku ni dapat jadi blog kegemaran korang semua.. Walaupun aku tak mampu nak update hari-hari dan tak mampu nak bagi cerita yang lebat dan hebat buat korang semua.. Apa-apa pun AKU SAYANG KORANG SEMUA!!! 

Aku tak nak ayat kat atas ini jatuh kan aku tapi aku nk ayat kat atas ni bagi dorongan kat aku untuk terus berblogging dan terus mencoret berkarya dalam dunia maya ini.. Hope blog ini akan kekal sampai aku mati!!!
Biar aku jatuh aku akan tetap terus dan terus berjuang (<----amboi ayat) hehehe ^_^ 


p/s:: Biar orang cerita cara aku berblogging.. tapi aku tetap mengaku yang "aku BUKAN penulis blog yang tega"

Tuesday, 13 September 2011

takdir Tuhan..

Mungkin cerita dan kenangan itu dah lama.. Tak tak akan jumpa lagi seperti mereka.. seorang kakak dan seorang adik yang tiada gantinya.. Merindui mereka begitu lama, menitis air mata tak kala mendengar dan berjumpa.. mungkin ini takdir Tuhan yang pasti ada hikmahnya.. Cukup la seorang 2tahun dan seorang 1tahun tak apa la.. Ini untuk mereka , kebahagiaan mereka.. Biar la macam mana pun ia tetap di hati buat mereka yang pernah berada dihati kini jauh pergi...bukan pergi selamanya tapi pergi dari hidup ini...

Cerita pertama:
Beliau yang bernama Azlina Adam seorang kakak yang tak akan ada seperti beliau.. Rindu sangat dapat berjumpa walaupun seminit dua.. Dah 2tahun dah tak bersua hanya facebook tempat bersapa.. 
Mungkin ini takdir Tuhan buat kita.. InsayaAllah kita akan jumpa lagi.. 
rindu peluk dan cium tetap ada.. Tak akan jemu dan tak akan pudar di hati.. Ingat la kenangan itu tetap ada sampai bila-bila.. 
"Manja kak ina dengan girl sentiasa girl rindu selalu".. Biar la orang nak cakap apa-apa tentang kak ina, girl tetap akan doakan kak ina bahagia sampai bila-bila...love u n always miss u..

CERITA KEDUA:
Beliau yang bernama Eliza Jasmine seorang adik tak kan ada adik lagi adik seperti beliau.. Indahnya dulu kita bersama kemana sahaja tentu orang dah tahu siapa kita, macam belangkas kita berdua.. Yang dulu macam mana orang kata tak kan kita terpisah.. 
Namun mungkin takdir Tuhan tidak membela kita berdua kita terpisah untuk mengejar bahagia.. Min pergi mendiam diri bergitu sahaja hampir setahun mencari nombor telefon tapi gagal hubungi.. ini takdir Tuhan akhirnya dapat jua dengar suara adik..
Facebook la tempat melepas rindu dengan gambar sahaja walaupun min block hati ini tak akan putus asa.. ingat "min tetap adik akk walau macam mana pun" i will always love & miss u..

p/s:: kenangan ini ada sampai bila-bila!!! facebook juga melepas rindu kita semua..

Hari Raya bersama ROHINGYA COMMUNITY SCHOOL at Cheras with MRA team's (Malaysian Relief Agency) and IIUM

Assalamualaikum,Salam 1 blogger.. Dah lama tak update blog sebab agak sibuk dengan aktiviti harian..hehe.. Baru-baru ini bertarikh 11 September 2011 hari Ahad lepas Lydia tidak melepaskan peluang untuk berhari raya bersama dengan murid ROHINGYA dan bersama siswi IIUM..Lydia ikut papa Lydia untuk bersama beliau menyambut hari raya bersama mereka.. Papa Lydia merupakan salah seorang daripada team MRA.. 

Ini merupakan kali pertama Lydia mengenali mereka, mereka bukan la sesenang dan sesempurna kehidupan seperti kita semua.. Mereka kekurangan makanan dan pelbagai lagi lah.. Majlis ini berjaya dijalankan malah wartawan dari KOSMO & UTUSAN MALAYSIA serta AL-Hijrah turut hadir bagi memwawarkan dan mempromosikan mereka. Agar kehidupan mereka lebih baik.. 

gambar bersama murid Rohingya, siswi IIUM dan team MRA..

gambar bersama team MRA's

Apa-apa pun Lydia seronok dapat join bersama mereka secara tak langsung dapat melihat telatah mereka yang lain dari budaya kita di Malaysia.. Its is wonderful day for me..

p/s:: thanks papa sebab bawa girl ke sana.. Hope dapat ke sana lagi..
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia