Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Monday, 4 July 2011

Entry untuk awak....dah delete??takut ke??atau serba salah?

Tak kisah la apa pun awak.. Saya tak tahu kenapa awak delete entry tu mungkin sebab awak serba salah atau awak tak nak dipersalahkan atau mungkin awak takut.. Entah la.. Ape2 pun terima kasih kat awak andai awak dah delete entry tu... Saya tak kisah pun cuma saya minta awak doa la kebahagiaan kami kekal untuk selamanya... Allah S.W.T tahu yang terbaik untuk awak.. Saya sentiasa mendoakan agar ada kesenangan hati untuk awak dan dapat jodoh yang baik untuk awak.. Amin~~ itu doa saya untuk awak.. Saya tak pernah nak berdendam atau marah awak.. Cuma saya harap awak akan memahami hati seorang wanita...

Saya faham keperitan dan keperihan hidup awak.. Saya juga melalui hidup yang lagi perit.. Cuma awak perlu tahu mungkin jodoh kami masih ada untuk bersama dan dia juga dah memilih saya.. Walaupun awak tak pernah ganggu hidup saya tapi saya tahu hati awak cuma seorang perempuan.. Perempuan yang tak pernah lari rasa cinta yang pernah klita berikan pada kita... Cinta ini adalah suka dan duka.. Jangan harap cinta ini hanya untuk bahagia dan indah je.. Kita kena lalui hidup dengan pasangan agar memahami suatu hari kelak..

Tak mudah nak memahami dan difahami jadi ia perlu ambil masa yang terlalu lama bukan sehari dua.. bukan seminggu dua.. dan bukan setahun dua.. tapi lama... tak semestinya kita kenal dia tempoh itu kita dapat mengenali si dia sepenuhnya... Kekuatan untuk kita.. Perempuan terutamanya perlu banyak mengalah agar lelaki itu lebih menyayangi kita.. Saya tahu siapa la saya untuk menasihat awak sedangkan awak lebih berpengalaman dari saya.. Cuma cinta itu bukan milik awak tapi untuk saya.. Dan saya yakin ada cinta lain menanti untuk awak...percaya la..

p/s:: Saya sentiasa maafkan awak ikhlas dari hati.. Itu yang awak perlu tahu dari saya.. Terima kasih semoga perasaan awak pada si dia akan hilang dengan perlahan dan dapat yang lebih baik untuk awak...

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia