Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Wednesday, 31 August 2011

klick raya ini

Cerita sambungan raya ke-2 hehehe ^_^ .. sampai saja rumah atuk.. semua dapat berkumpul ramai-ramai (cukup column nya semua) ramai gila orang.. Sampai huru-hara dibuat nya.. hahaha.. Tak lama lagi dapat lagi ahli baru.. maybe 2 orang..hehe..  Petang tadi semua sibuk dengan persiapan nak bakar lemang.. Sebab tahun ni semua nya lambat berkumpul.. RAYA KE-2 BARU BUAT LEMANG.. Sebelum buat lemang tu my brothers sibuk la kemas di laman belakang rumah..

 sibuk nya mereka.. dan saya tukang ambil gamba la kan..

ni la my sepupu!!! sibuk je nak kacau orang... SNAP!!

lepas dah main-main of couse la akan pergi mandi kan.. Dah kalau ramai  ni mesti la tunggu giliran nak mandi..  comel je mereka ni..eee...geram!! Dah sampai malam.. LEMANG TIME!!!


sofy & mama sibuk isi beras dalam buluh..

lemang yang dibakar!!!

sementara tu budak-budak sibuk dengan bunga api mereka la kan..


 mercun terbang...yeke??

p/s:: thats all for today!!! ape la yg akan menanti esok kan harinya...tak sabar.. hope will be more happy ^_^

katak oh katak


Semalam <----- sambil-sambil Lydia tengok laptop tetiba sesuatu muncul di kerusi selamat la tak duduk situ.. katak yang mengendap Lydia buat kerja..hehehe ^_* COMEL SANGAT!!! gemuk dan gebu-gebu..hehe..
perot dia kembong bila Lydia ambil gambar.. PANDAI kan di posing.. Lydia rasa nak pecit-pecit je.. Lydia ingat dia bunting rupanya nama katak ni adalah KATAK PISANG!!! hish! lepas ni Lydia nak bela katak la pula.. comel sangat!!

Syawal 2 - duit raya!

Hai... Assalamualaikum salam 1 blogger.. Hari raya ke-2... still seronok.. heppening sangat bile sedara berkumpul ramai-ramai.. sepupu-sepapat semua nya riuh rendah.. Lydia ni merupakan cucu sulung perempuan so yang lain-lain semuanya kecil-kecil lagi...

Tadi Lydia pergi beraya.. Yela kalau dah besar ni selalunya duit raya tu dah tak dapat.. Malah kena bagi adalah kan.. Disebabkan Lydia ni belajar lagi TAK sangka still boleh dapat duit raya lagi...

excited!!! kat tengah jalan pun boleh ambil gamba kan..
selamat la time tu kereta tak ada..

^_^

p/s:: Alhamdulillah setakat ni banyak juga la dapat duit raya..hehe.. terima kasih yang bagi tu.. ^_*

Selamat Hari Merdeka Raya!!!

 Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54
semoga negara kita aman dan sentosa hendak-Nya..
&
Selamat Hari Eidul-fitri!!!
syawal-2

Monday, 29 August 2011

Entry untuk Papa ku sayang


Salam 1 bloggers.. Entry ini Lydia buat khas untuk papa Lydia sempena hari lahirnya yang ke 58.. Beliau sentiasa dengan Lydia dan menjaga Lydia dengan baik sekali.. Lydia bersyukur mempunyai seorang bapa yang sangat penyayang dan bertanggujawab.. Ingat lagi waktu kecil dia selalu dodoi kan Lydia tidur.. Dan sekarang Lydia pula layan dia.. hehehe ^_^ (manja-manja anak and bapa).. So Lydia nak bagi ENTRY ini sememangnya untuk My Only Father...

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU PAPA.. MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS.. Girl nak minta maaf selama ini girl tahu girl tak pernah jadi anak perempuan yang baik walaupun girl tahu girl hanya seorang puteri dalam hati papa.. Girl minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut dan halal kan makan minum girl selama ini.

Papa hari raya esok kan hari nya.. Entah sebak rasa hati ini melihat pengorbanan papa dalam menjalani dugaan selama ini.. Percaya la girl always dengan papa walau macam mana pun.. GIRL SAYANG SANGAT KAT PAPA.. papa terima kasih sangat-sangat mendewasakan girl dan mengajar girl erti hidup..

Lastly, girl nak ucapkan SALAM AIDILFITRI buat papa.. Ingat girl always sayang papa..walaupun macam mana pun keadaan papa... (sedihhhh dan sebakk) apa-apa TERIMA KASIH BEING MY FATHER"

p/s::: girl ingin papa selalu besides girl..

sampai jua kampung halaman

Alhamdulillah dah pukul 1.30pagi waktu Malaysia Lydia dah pun sampai kampung halaman (PAHANG).. Tak seksa pun masa kat jalan raya tadi.. Perjalanan smooth je...(lancar) Kat kampung Lydia ada wi-fi tau atuk Lydia pasang supaya cucu-cucu dia tak bosan la bila balik kampung kan.. Untuk pengetahuan juga atuk ni suka up-to-date punya.. JIWA ORANG MUDA!! hehehehe ^_*

Bila tiba je.. Lydia terpandang satu tempat ni nampak sangat UNIK!!!


Apa yang u all perasan kat gamba ni??? hah!!! langsir dipasang walaupun tak ada jendela (tingkap) UNIK KAN!!! bagi Lydia la.. Apa-apa pun seronok dapat sampai ke sini.. Harap-harap 1 syawal ni dapat membawa satu rahmat pada Lydia di sini.. Amin~~

Sunday, 28 August 2011

jom tambahkan follower

                                         
jom join kekawan tambah kenalan ..tarikh tutup 1 syawal.. ada masa ni kekawan!!

khas untuk SB...

Hai...Salam 1 bloggers hari ni dengan rendah diri Lydia nak mohon maaf atas kesalahan Lydia pada anda semua jika selama Lydia bersama dengan SAHABAT BLOGGER (SB).. Walaupun kita tak pernah bersua Blog korang masing Lydia dah kunjungi.. Atas kesilapan andai pernah SPAM atau PING blog... Janji tak buat lagi!!!

Sempena hari raya Aidilfitri Lydia nak mohon maaf zahir dan batin jika selama Lydia berblogging(ada ke bahasa ni) tak kesah la kan.. Lydia ada terkutuk korang ke atau tersilap kata atau terkutuk ke apa la kan.. Lydia minta maaf sangat.. Buat Sahabat blogger yang tegur Lydia, Lydia terima kesalahan ini,, terima kasih..
Akhir kata selamat meneruskan karya tak kira untuk sendiri atau untuk semua.. ^_^

apakah ini?


Apa yang korang nampak ni??? hehehe ^_^  okay la .. ni ayam goreng untuk berbuka tadi.. Hari ni abg Lydia buat buka puasa untuk sahabat-sahabat dia so banyak la juga masak.... dalam 5ekor la.. yang korang nampak gamba ni adalah ayam yang baru digoreng tu yang nampak berkilat-kilat kan.. nyam-nyam sedop tau.. macam kata upin ipin (AYAM GORENG).. menu dia nasi ayam.. simple but nice!!!


yang ni plak sayur nya tak sah la kan kalau makan nasi ayam tak ada salad kan.. Salad ni ada supaya kita dapat jisimyang seimbang dalam badan tak la asyik makan ayam je kan..


yang ni pula ayam yang telah di potong supaya senang la nk makan kan...xkan nk makan yang potong besar-besar.. TAK SOPAN LA KAN...

p/s:: Alhamdulillah menambah tetamu yang datang tau!!

Friday, 26 August 2011

kesian sarang lebah ni...?

nak cerita la kan.. pasal sarang lebah.. So semalam Lydia keluar nampak la sarang lebah ni.. Dah kena bakar dengan orang... kesian-kesian..Yela.. mungkin ancaman pada orang-orang kan.. Kat kawasan perumahan kan..takut kena sengat ke apa kan...hemm...
Nampak tak.. Ada lagi madu nya tau...dan lebah-lebah masih berkerja... kalau la Lydia pandai bege benda ni Lydia ambil..hehehe tapi tak reti lak kan...kesian lebah-lebah tu tak dapat raya tahun ni.. hehehe ^_^

p/s::::kita manusia sanggup buat apa saja untuk keselamatan kita tanpa fikir orang/benda lain..yang jadi mangsa tentu sakit rasanya..

Wednesday, 24 August 2011

Apa pebret lagu raya k0rang?

Hai.. Assalammualaikum salam 1 blogger... hari ini Lydia nak la kongsi apa pebret lagu raya.. kalau setiap kali raya mesti dengar lagu raya.. Memandangkan lagi beberapa hari lagi akan menjelang hari raya Aidilftri.. Macam budak-budak dah sibuk main bunga api dan mercu kan.. dah bising-bising kat setiap ruang legar rumah kan..


So apa saya nak share ni adalah lagu raya.. Macam saya sendiri lagu pebret raya saya adalah seperti list berikut:: (chewah!! ^_^)

1. Suasan Hari Raya - Anuar Zain & Ellina (macam lagu yang korang dengar sekarang ni) *hehe ^_^*

2. Seloka Hari Raya- Uji Rashid & Hail Ameer (lagu ni comel la..hehe..ada kenangan) *antara dia*

3. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza (lagu ni selalu Lydia karok kalau ada event..hehe..) *suara apa la kan*

4. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza (lagu ni Lydia pernah buat persembahan masa jamuan raya) *sakan kan*

sebenarnya semua lagu Lydia suka cuma yang kat atas ni je yang Lydia betul-betul suka.. Tak pernah miss la dengar.. hehehe... Kalau lagu raya yang baru ni, Lydia kurang sikit.. HATI LEGEND kan...hehehe

p/s::: apa-apa pun lagu korang suka, yang baru atau lama janji bermakna buat korang semua..

Tuesday, 23 August 2011

butter fruity cookies Lydia

Assalammualaikum u all... Hari ini Lydia ada create cookie sendiri yang di beri nama butter fruity so Lydia nak share la dengan u all semua resipi Lydia ni.. Simple je... al-maklum la nak raya lagi 7 hari kan.. Tak salah kita buat cookies sendiri lagi puas hati.. hehehe ^_* Meh la try ok.. Alhamdulillah its the first time Lydia buat jadi cookies nya.. so Lydia nak share la resipi ni...


Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
3/4 butter (butter ni banyak sebab nama nya kan butter fruity)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buah-buah campuran ( ikut la nak letak banyak mana)
1/2 cawan oat (ikut la nak letak banyak/ tak nak pun tak apa)
60g chocolate chip (ikut la nak letak banyak mana) 

Cara-cara:
1. ayak semua tepung, soda dan baking powder.
2. putar kan butter, telur dan gula sehingga kembang.
3. masuk esen vanilla putar sampai bau wanginya.. (esen vanilla ni buat cookies korang wangi)
4. masuk kan susu kacau sampai sebati
5. dan masuk kan semua tepung.
6. lastly masuk kan fruity, oat dan chocolate chip.


so hasil nya macam ni... Agak lembik.. if lembik korang boleh letak sikit tepung jangan banyak k..


so korang pakai la sudu kepal2 kan macam ni... dan masuk kan kedalam oven,
bakar selama 15-20min dan 175c'..


korang kena jaga biskut korang takut rentung pula!! hehehe ^_^

p/s:: selamat mencuba!!! gerenti sedap macam famous amos  tu... hehehe ^_^ try keyh!!!




Monday, 22 August 2011

custard cornflakes Lydia & chocolate chip Lydia...

Assalammualaikum.. Salam 1 blogger.. Hari ini tak tau la kenapa la rajin sangat saya hari ini.. Tetiba bangun saja dari tidur teringin nak buat biskut raya..Buat seorang gitu...hehehe.. Ingat kan nak buat 1 saja tapi dapat buat 2... hehehe ^_*.. Biskut raya yang wajib buat tiap tahun semestinya la biskut custard cornflakes..  Custard cornflakes ini lain dari yang lain tak macam biskut cornflakes yang lain..so saya tak nak kedekut ilmu hehe so saya kongsi dengan anda semua...

custard cornflakes Lydia
hehehe sebab turun-menurun okay..


Bahan-bahan:
2 cawan planta
2 biji telur (kuning sahaja)
2 cawan gula halus
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
1 kotak cornflakes

kebiasaannya adunan ini boleh dapat dalam 200-250 biji bergantung kepada anda letak dalam kesorongnya.. Untuk pengetahuan u all actually biskut cornflakes ini tiada pun letak dalam kesorong cuma nak nampak kemas saja..

Cara-cara:
planta, gula dan telur dipukul sehingga kembang dan masuk kan kesemua tepung tersebut (ayak dulu tepung tu supaya biskut lebih halus) hehehe ^_^.. lepas tu masuk kan cornflakes la.. dan last sekali masuk dalam kesorongnya.. kalau nak nampak menarik letak la ceri warna merah atau hijau.. (ikut suka la).. dan masuk la dalam oven selama 15minit bersamaan 175c' so u all kena la jaga biskut korang tu supaya tak rentung..

Okay la resipi ke 2 adalan chocolate chip.. actually saya nak ajar ini simple saja.. Untuk pengetahuan u all ini pertama kali buat...hehe rasa nya memang class gitu... ^_* (ceh! puji diri sendiri pulak) lagi pun dah rasa dah oleh bro2 saya.. sebab itu la nak kongsi bersama..

chocolate chip Lydia
hehehe nak letak nama sendiri la sebab resipi sendiri..

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 sudu besar serbuk koko (terpulang korang la kalau nak rasa kaw letak 3 sudu)
1/2 cawan oat (nak letak pun boleh tak nak pun tak apa/nak letak banyak pun tak apa)
kacang badam/ apa-apa pun tak pa
yang penting CHOCOLATE CHIP la kan (ikut suka korang la)

Cara-cara dia sama macam buat biskut cornflakes tadi and cara bake pun sama..

hehe.. kesempatan ini juga la saya bukan bagi adik beradik je tapi kat jantung hati saya.. Sebab itu la leh gerenti sedap..

p/s::Okay u all selamat mencuba!!!


Sunday, 21 August 2011

Terima kasih my Twin Cika

Entry ini khas buat kamu yang bernama Nur Atiqa.. terima kasih sayang!! sebab ajar macam mana nak guna photoshop..hehe ^_^ sengal kan saya!! apa-apa pun twin thanks datang rumah luang kan masa walaupun sekejap je... hehe.. apa-apa pun thanks k... dan disebab itu la blog ini ada juga sebab awak ajar saya.. Kalau tak saya tak ada la blog yang tomel2 ni.. dan buah hati pengarang jantung ni..hehehe


hehe ^_^ gambar ni akan kekal untuk selamanya.. 
semoga persahabatan kita kekal forever!! love u alots!!

p/s:: kita tetap bersama walaupun suka dan duka.. harap persahabatan ini menjadi persahabatan yang penuh keiklasan.. always love u..

Friday, 19 August 2011

Selamat hari lahir sahabat-Mucuk Eyma

Buat sahabat yang baru je kenal tapi ada keserasian antara kau dan aku.. haha ^_^ serius aku SAYANG kau.. Kalau boleh aku nak kau jadi sahabat aku sampai mati.. And aku TAK NAK wish lambat birthday kau.. hehehe sebab tu la aku wish AWAL.. sorry my dear.. Tau lagi 2hari kan.. Tapi tak pe la.. Selamat hari lahir yang ke-22 semoga panjang usia, dimurahkan rezeki dan success selalu dalam hidup kau...

ni hadiah birthday untuk kau...

and aku nak mintak maaf la lagu blog kau sama gan aku..hehehe ^_^ and Mucuk Eyma sowie curi gamba kau..hehehe...

Monday, 15 August 2011

amboi...cerita pasal zaman kecik2...

Salam 1 blogger untuk siapa-siapa yang singgah baca blog saya ini...Walaupun tak seberapa kan...hehehe ^_^ baru belajar nak jadi penulis emosi je pun...Tak ada yang menarik.. Hemm... Hari ini, baru la kejap tadi.. Kemain kusyuk bercerita tentang zaman kacik-kecik dengan si bf saya ini.. Amboi.... Sampai lupa dah pukul 12.10malam.. Pergi sahur kat kedai.. Rancak bercerita... Zaman kanak-kanak yang menyeronok kan.. Kitorang pun sharing-sharing la cerita zaman yang shomel-shomel tu kan...

Cerita bermula nya, dia la start dulu, cakap zaman kanak-kanak dia ini nakal... Panjat pokok la..lastik-lastik orang.. Ala... Biasa la lelaki memang kecik-kecik macam tu (saya cakap dalam hati la..hehehe) cover line la nanti terasa pula orang yang bercerita itu.. Tapi best la siap buat action lagi tu... Tak boleh bla kan...hahahaha ^_* tapi dia sangat shomel...hehehee..

Saya pun cerita la..Ala biasa la perempuan kan kecik-kecik mesti main masak-masak la..main mak-mak.. yang penting main kawen-kawen.. Best tau.. Tapi entah la zaman sekarang ini main tak macam kita kan? Budak sekarang ini main game semua nya kat PSP la.. kat komputer je.. zaman IT katakan...hemmm...

Kitorang pun cerita persamaan permainan yang leh main sama-sama ini... Galah panjang, roundest.. police and three thief, datuk harimau, tali skipping, teng-teng.. dan banyak lagi la..yang penting memang best la..tapi itu la permainan ini JARANG dah nak jumpa budak-budak main..Ye la.. Budak sekarang tak aktive cam kita yang dulu-dulu...Lagi pun dengan environment sekarang ini bahaya untuk budak-budak lagi pun mak ayah sekarang protecting anak-anak kan...bahaya..! tak macam dulu...

apa-apa pun zaman kecik-kecik kita amat berbeza dengan dulu... Sebab dulu dah tak macam sekarang...generasi sekarang lebih diberi keutamaan kepada zaman globalisasi ini..dah tak gempak macam dulu yang bebas main dengan environment dulu...

p/s::tak kira apa pun kita.. BACK TO BASIC.. supaya anak-anak generasi tak lupa akan zaman kita..so siapa ada adik-adik itu ajak la main supaya tubuh badan pun akan cerdas..

Friday, 12 August 2011

kenapa lenconganlurustetap?

Salam 1 blogger...hai..hai.. kenapa saya pilih lenconganlurustetap kan.. ramai juga la tanya saya.. Banyak-banyak boleh create kan.. Sebenarnya maksud lenconganlurustetap ini adalah LIKU-LIKU HIDUP.. Ye la kadang-kadang hidup ini ada jalan lurus dan bengkang-bengkok kan.. 

Dulu mula-mula masa buat blog ini koordinatberpaksicintanormal tapi itu la link nya tak tetap sebab tak nak cerita pasal cinta je.. Sebab ada blogger-blogger yang meluat nak baca..hehehe ^_^ lepas tak lama tu bertukar link lagi ke koordinatberpaksitetap.... tapi la tak tetap juga..hahahahaha :-p 

Dan ini la terakhir lama juga la simpan link lenconganlurustetap ini... dan harap-harap dah tak akan tukar sebab dah sebati lagi pun, dan bersesuai dengan apa yang nak dikongsi kan bersama dengan para blogger... Alamak!!! (skema kan ayat) hehehe ^_^

Biasa sebab senang orang lain nak baca blog saya ini..senang nak faham apa yang nak disampai kan.. Nanti taip bahasa sms kang tak faham lak.. Al-maklum la bahasa sms sekarang ini macam-macam kan..

p/s:: apa-apa pun link dia, orang yang empunya blog ini tetap orang sama okay.. ^_^ 

Thursday, 11 August 2011

nak puji la blog si Alya Esprezzo..

sangat comel..suppert la..serius tertarik sangat.. jangan marah ye Alya amik awak punya blog.. serius dah jatuh cinta.. Pandang pertama...
wahai Alya.. nak minta tunjuk ajar blog awak yang kiut miut tu... warna pink.. serius..I like it!!!

Sunday, 7 August 2011

semangkuk keropok ikan

Alhamdulillah... sedar tak sedar dah seminggu kita menunaikan ibadah puasa.. Hari ini aku buka makan maggie saja.. Sebab family aku keluar jalan-jalan.. Aku tak ikut sebab malas la kan.. Lagi pun bulan puasa ini letih nak berjalan banyak... hehehehe (padahal)... tapi tak pa la.. sepanjang hari ini aku tak buat apa just tengok tv and blogwalker je... Tak ada kerja cari hal la kan.. hahaha :)) Seronok gak bila dapat menelaah blog-blog orang ini.. Macam boleh kenal rapat dengan bloger-bloger ini.. hemmm :)

Cerita pasal semangkuk keropok ikan ini... hemm... biasa la bulan puasa kan macam-macam la teringin nak makan.. Disebab kan aku teringin sangat nak makan.. Lepas je tarawikh aku terus pergi medan selera kat dengan rumah aku... Kat kedai tu saji kan makanan orang-orang kelantan.. lagi pun aku dah biasa lepak kat situ... Jadi demi memenuhi keinginan aku order la semangkuk keropok ikan...huh!!! lepas juga mengidam aku...kiiiikikikiiiki ^_*

Akhir cerita... aku rasa keinginan aku dapat laksanakan..hahaha.. bagaimana dengan anda??? hehe :-p

p/s::: setiap keinginan kita mesti la penuhi dengan usaha dan tawakal.. laksanakan dengan usaha..hehehe :))

tarawikh malam ke-7 dan sekuntum mawar merah


Malam semalam malam ke-7 tarawikh..... Alhamdulillah dapat juga aku laksanakan dengan baik... Aku pergi surau saja area kat rumah aku... Lintas jalan saja dah sampai... hehehe.... So tak ada alasan la kalau aku tak nak pergi solat tarawikh kan...  Aku sampai awal sebab sebelum-belum ini saf muslimat mesti penuh... Tapi tak sangka la solat isyak tak penuh orang pun... Yela.... Mungkin orang-orang semua ke masjid... Tak jauh juga dari rumah aku... Ni fadhilat  untuk tarawikh malam ke-7... Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi menentang musuh Fir'aun dan Hamman... Amin...


Selesai sudah aku menunaikan solat tarawikh aku pulang ke rumah... Aku menerima sekuntum mawar merah... Tak tahu la dari siapa... Aku masuk ke rumah... Aku capai handphone aku di meja dan melihat ada 24miss call dan 3 message yang tertera nama NAZ... aku pun baca message itu "bunga itu tanda abg mahu kan syg... kembali la ke pangkuaan abg, abg tunggu di bas stop atas".... terkejut aku.... aku terus ke atas berjumpa dengan dia... hemmmmm...

Nak tau apa kesudahannya sama ada aku terima ke tak... so kena la follow aku untuk tahu kesudahanya... adakah cerita aku bersama dia atau aku still single... :)

p/s:: Dalam hidup kita cuma ada 3 peluang... Allah maha mengetahui apa terbaik untuk kita...


Saturday, 6 August 2011

cobaan....

pertama sekali nak ketawa puas-puas... hahahahahahahahaha :)) cobaan yang diberi tuhan semalam sangat betul-betul menguji kesabaran dalam bulan puasa...hmmm.. tapi pun syukur Alhamdulillah sempurna juga puasa semalam... 5 Ogos 2011.. Sejarah yang tak kan akan aku lupa kan..hahahahahaha :)) seronok sangat gan si Eyma my bestie semalam...

Ceritanya bermula disini..... Semalam la hari terakhir menduduki exam last paper katakan so aku ingat nak horey-horey la.. Tapi tak disangka kan paper semalam amat la susah si Multicultural Counselling tu aduyai.. Macam tak percaya aku abis tepat pada masa 3jam ow.... Mula kul 3 until 6 pm.. hmmm.. Aku ingat boleh la habis awal sebab sempat la buka puasa....

grrrrrr......grrrrrr...grrrrr.. vibration bergetar di poket jubah... hahaha :) tengok ada nama si Budak Busuk Eyma.. hehehe.. aku pun tengok la apa yang dia hantar "wei, lama nya ko jwb, xsejuk ke dok lama2".... Lepas habis tu, aku terus la.. naik Annexe... eh!!! si budak tu tak balik lagi... Tak apa la katanya hari ini nak belajar naik tren dari Sunway ni... Stesen ini digelar Setia Jaya...

COBAAN 1:
Aku pun ajak la si Budak Tiut2 manja aku ini naik tren sama-sama... Aduhai.... Faham-faham la waktu pukul 6  ini kan... Ramai sangat orang tunggu naik tren nya... Tunggu punya tunggu tren pun tiba... Nak tau apa jadi.... Hemmmm... ingat berebut-rebut naik tren dapat la naik tapi... Hampa....

Kesian si Budak Bucuk Tiut tu, first time naik tren terus tak dapat nak so kitorang pun tunggu la tren seterusnya... Aduhai... Tren sampai tepat pada masa nya 6.51pm... lagi 38minit nak berbuka.. Aku mungkin sempat la sebab sampai KL Sentral je tapi si Budak Bucuk ini.. Tren nya dah la sampai Batu caves,,,hmmm... kesian dia dalam hati aku kata "buka dalam tren la jawabnya"....

COBAAN 2:
Perjalanan lancar dari Setia jaya...Hampir sampai destinasi aku KL Sentral... Nak tau apa jadi tren KTM breakdown... aduhai... Jam menenunjukan kul 7:15pm... Patut dah sampai pun aku... kata pihak KTM sebab tiada bekalan elektrik di KL Sentral.... so kitorg pun borak2 la dalam tren tu... ingat kan dapat buka tapi... last-last buka dalam tren la...sedihnya kitorang ini...tak buka apa-apa...so berlapar la...borak-borak punya borak.. sampai kul 8... setengah jam dalam tren yang  tak boleh buka...

COBAAN 3:
Tren patah balik ke Angkasapuri... Si KTM pun bagi announcement perkhidmatannya tamat..so...kitorang pun turun.. Dah la dengan tak buka lagi.. Sabar jela.. Ingat nak naik bas ke KL Sentral selamat la boyfriend si Budak Bucuk ada... So ambil kitorg kat situ.. Jadi dia pun drop aku kat KL Sentral...

COBAAN 4:
Aku dah sampai KL Sentral....kul 8:15pm... so aku decide makan McD je... cepat kan... hemmm.. mak aiiiii.... Ramainya orang.. Aku pun cop la tempat pergi beli dish buka puasa aku... nak tau apa jadi.. tempat yang aku cop dah ada orang duduk.. sabar je la... tak apa aku cari tempat duduk lain...Tapi Alhamdulillah lega...dapat berbuka dengan baik sekali..

COBAAN 5:
Lepas habis buka... Aku terus naik tren ke KLCC sebab nak tunggu bas di sana... Alhamdulillah perjalanan naik tren LRT PUTRA ini okay.. laju... kira the best LRT kat Malaysia ini.. Sampai KLCC kul 9.. tunggu bas... Hemm.. Ternampak kawan lama Wawa budak SMKBI so tunggu bas dengan dia.. Dia kata selalu bas sampai kul 9:30pm.. tapi tunggu punya tunggu kul 10,.,., Ya Allah cobaan.....dalam tren jumpa kakak Sabariah..kebetulan... tapi tak apa alhamdulillah la sampai destinasi rumah kul 10:45pm.. fuh!!!! keletihan...

p/s::Alhamdulillah cobaan hidup kena tempuh tapi best sangat alami kenangan macam ni...Allah temu kan kebahagiaan dengan semua pertemuaan dan akhirkan dengan perpisahan... Begitu la aku menjalani hidup seorang gadis yang digelar single.. aku tetap tunggu...

Thursday, 4 August 2011

Tewas

Ye aku tewas... harap engkau berpuas hati dengan apa yang engkau ingin kan.... Ye aku tewas... sebab dah tak bersama dengan dia... engkau lihat la betapa hebatnya impak nya sampai begini jadinya... aku tak kan pernah salah kan sesiapa pun termasuk engkau.. Tak apa.. itu ungkapan engkau perlu tahu.. Tak apa.. Aku redha,.... Terima kasih...

p/s::: kalau ada jodoh tak akan kemana..

dugaan

Ya Allah aku terima dugaan ini disaat ini dan selamanya..
Bulan Ramadhan ini cerita yang pendih untuk aku...Mungkin buku baru untuk aku bila tanpa dia di saat aku memerlukan dia.. Kenapa la dia sentiasa melukakan hati aku?? Kenapa dia tak pujuk aku?? dan kenapa dia pergi tinggal aku bersendiri??

Hujan.... waktu ini langit mengerti perasaan dan hati ini yang sedang menangis.. Lebat sangat... tidak apa la mungkin dugaan dan cabaran ini kena la berjalan sendiri.. Mungkin ini takdir nya.. Aku akan doakan kebahagiaan dia walaupun aku dah tak bersama...

Pasti akan ada hikmah semua ini..

p/s::: aku masih nanti jantung itu...
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia