Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Friday, 30 September 2011

header oh header



mana ok ek??

spread of love


Hari ini sangat happy because dapat keluar dengan my sis eventhought keluar kejap je kitorang lepak at pavilion.. Tuhan masih bagi kesempatan untuk bertemu dan berbual sama.. Walaupun kita hanya dapat bersama seketika the kind of the memories never be replace.. Thanks to my sis yang hang out with me.. Ilovesomuch <3

 its our breakfast at coffee bean 
caremal for me.. vanilla coklat for her..

lasagna yang sangat sedap!!!

thanks for this moment kak ina...
and thanks for the belanja makan-makan..kikikiki ^_^

Monday, 26 September 2011

kalau ini terjadi apa perlu buat??

korang pernah tak tengok iklan ni??
mesti pernah kan.. kalau yang tak pernah itu tengok la..


kalau la terjadi pada korang yang girls la terutamanya..
apa perasaan korang?

Sunday, 18 September 2011

cinta ini dihalang dan terhalang

Mungkin ada yang pernah rasa seperti aku, setiap orang pasti ada halangan nya.. Mungkin aku kena rasa bersyukur dengan apa yang di timpa aku.. Aku tak nak salah kan sesiapa dan tak mahu juga dipersalahkan biar lah aku simpan selama yang mampu.. Dan biar aku dilihat senyum seperti biasa..

Cinta aku dihalang dan terhalang...Mungkin orang tak akan faham dan tak pernah rasa atau pun orang kata biasa.. Duduk tempat aku baru kau tahu rasanya aku.. Dulu aku dihalang dan terhalang dengan orang luar sekarang dengan orang yang aku sayang.. Aku kena hadapi.. Mungkin takdir ini menyakitkan aku.. Sama  ada harus aku pergi atau duduk diam je.. Aku tak pernah keliru dengan apa yang aku nak.. AKU NAK BAHAGIA dan orang SOKONG hubungan aku ini..


Tembok yang memisahkan kita walaupun aku bersama kau.. Tapi tak apa walau macam mana pun aku tetap aku berjuang walaupun orang keliling benci dengan hubungan kita,. Aku tak kan pernah heran sampai bila-bila.. Cinta aku tetap macam itu tak akan pernah berubah walaupun angin itu bersimpang-siur.. Aku tetap dengan aku dan tetap dengan segalanya.. HALANG la macam mana aku tetap kuat ada di sini.. Walaupun satu kekuatan diberi kekuatan itu memadai untuk aku terus hidup disini.. Aku yakin ini tentuNya..


Aku tak akan lepaskan walaupun ada yang kata "let he go" .. Jawapan aku tetap sama TIDAK!!! aku cinta dia dan dia juga.. Halang la macam mana pun kebahagiaan itu tetap aku tunggu walaupun parah yang aku harus tanggung.. "Dengki dan benci la pada aku, yang kau perlu tahu aku tetap dengan aku" AKU TEGAR!!! aku lebih kuat hadapi dan tak akan putus asa walaupun aku mati!!!


Macam ayat atas ini "LOVE NEVER FAILS" macam itu la aku.. aku kuat untuk hidup aku.. Bukan kau yang menentu hidup aku.. Aku akan ingan janji Allah pada hambaNya.. dan aku yakin dia jodoh aku.. "kalau orang halang la cinta kita macam mana pun orang halang kalau Allah itu kata dia jodoh kita maka dia tetap jodoh kita dan sebaliknya.." Aku kuat dan aku simpan.. "takdir itu terjadi bila keputusan itu kita buat" jadi aku tetap gan keputusan aku "alang-alang menyeluk pekasam biar la sampai kepangkal lengan".. dan aku tak jadi "batuk ditepi tangga" TAK AKAN!! Aku bersungguh untuk berjuang!!!

ingin ketawa seperti dulu..

Aku manusia yang inginkan seorang teman yang mampu buat aku ketawa yang mampu bahagia kan aku sementara aku ada di dunia.. Bila aku sedih aku ingin seseorang yang mampu buat aku ketawa dengan lawak jenaka bukan serius je.. Tiap kali kau pandang gambar yang membahagiakan ada yang telah hilang iaitu keikhlasan dalam senyuman.. Mungkin orang hanya mampu melihat zahir tapi hakikatnya tidak la seperti itu.. Aku ingin luah tapi siapa dengar hanya cerita biasa yang tiada jawapan sebenarnya..

Aku ingin ketawa seperti dulu hingga mapu menitiskan air mata takkala aku ditimpa musibah.. Aku ingin seseorang yang mampu capai dan pegang tangan aku dengan erat serta membari sokongan semangat untuk aku teruskan dengan musibah dan dugaan ini.. Sahabat? Teman? Atau keluarga? Siapa yang faham..? Tiada.. hanya aku dan DIA mungkin tahu sesak ini..

Aku ingin ketawa seperti dulu!! tolong aku.. aku ingin senyum sampai telinga.. Aku ingin ketawa dengan penuh rasa ikhlas dan cinta.. Ya Tuhanku.. Bantu la aku.. untuk terus hadapi dan semoga aku dapat jumpa ketawa seperti dulu..

Wednesday, 14 September 2011

aku BUKAN penulis blog yang tega..

Hari ni nak guna bahasa "aku" kat dalam entry ini... Aku tahu aku hanya adalah penulis blog yang biasa yang hanya ingin berkongsi cerita hari-hari aku dan luahan hati aku.. Aku tak reti nak tulis blog yang boleh orang jadikan aku ini favorite.. Sebab aku hanya hanya reti cerita tentang hidup aku.,.. MUNGKIN aku hanya ada blog sebab nak jadikan blog aku ini tempat aku cerita segalanya dan aku harap ada SESIAPA yang ingin berkongsi bersama aku..

Aku bukan HOT atau NAK NAMA.. Cuma aku nak semua orang tau kisah hidup aku.. Mana la tau tiba-tiba ajal aku sampai ada juga yang kenal aku kat dalam blog ni.. Sekurang-kurang cerita aku tak la terpendam semuanya.. Aku tak kisah orang NAK kritik atau cakap blog aku ni waste or benda yang tak berfaedah.. Apa yang aku tau setiap orang yang ada blog pasti ceritanya dan ada yang dikongsi bersama..

Aku nak ucap TERIMA KASIH kat semua FOLLOWER aku sebab sudi follow blog aku yang tah apa-apa ni kan.. Aku harap suatu masa blog aku ni dapat jadi blog kegemaran korang semua.. Walaupun aku tak mampu nak update hari-hari dan tak mampu nak bagi cerita yang lebat dan hebat buat korang semua.. Apa-apa pun AKU SAYANG KORANG SEMUA!!! 

Aku tak nak ayat kat atas ini jatuh kan aku tapi aku nk ayat kat atas ni bagi dorongan kat aku untuk terus berblogging dan terus mencoret berkarya dalam dunia maya ini.. Hope blog ini akan kekal sampai aku mati!!!
Biar aku jatuh aku akan tetap terus dan terus berjuang (<----amboi ayat) hehehe ^_^ 


p/s:: Biar orang cerita cara aku berblogging.. tapi aku tetap mengaku yang "aku BUKAN penulis blog yang tega"

Tuesday, 13 September 2011

takdir Tuhan..

Mungkin cerita dan kenangan itu dah lama.. Tak tak akan jumpa lagi seperti mereka.. seorang kakak dan seorang adik yang tiada gantinya.. Merindui mereka begitu lama, menitis air mata tak kala mendengar dan berjumpa.. mungkin ini takdir Tuhan yang pasti ada hikmahnya.. Cukup la seorang 2tahun dan seorang 1tahun tak apa la.. Ini untuk mereka , kebahagiaan mereka.. Biar la macam mana pun ia tetap di hati buat mereka yang pernah berada dihati kini jauh pergi...bukan pergi selamanya tapi pergi dari hidup ini...

Cerita pertama:
Beliau yang bernama Azlina Adam seorang kakak yang tak akan ada seperti beliau.. Rindu sangat dapat berjumpa walaupun seminit dua.. Dah 2tahun dah tak bersua hanya facebook tempat bersapa.. 
Mungkin ini takdir Tuhan buat kita.. InsayaAllah kita akan jumpa lagi.. 
rindu peluk dan cium tetap ada.. Tak akan jemu dan tak akan pudar di hati.. Ingat la kenangan itu tetap ada sampai bila-bila.. 
"Manja kak ina dengan girl sentiasa girl rindu selalu".. Biar la orang nak cakap apa-apa tentang kak ina, girl tetap akan doakan kak ina bahagia sampai bila-bila...love u n always miss u..

CERITA KEDUA:
Beliau yang bernama Eliza Jasmine seorang adik tak kan ada adik lagi adik seperti beliau.. Indahnya dulu kita bersama kemana sahaja tentu orang dah tahu siapa kita, macam belangkas kita berdua.. Yang dulu macam mana orang kata tak kan kita terpisah.. 
Namun mungkin takdir Tuhan tidak membela kita berdua kita terpisah untuk mengejar bahagia.. Min pergi mendiam diri bergitu sahaja hampir setahun mencari nombor telefon tapi gagal hubungi.. ini takdir Tuhan akhirnya dapat jua dengar suara adik..
Facebook la tempat melepas rindu dengan gambar sahaja walaupun min block hati ini tak akan putus asa.. ingat "min tetap adik akk walau macam mana pun" i will always love & miss u..

p/s:: kenangan ini ada sampai bila-bila!!! facebook juga melepas rindu kita semua..

Hari Raya bersama ROHINGYA COMMUNITY SCHOOL at Cheras with MRA team's (Malaysian Relief Agency) and IIUM

Assalamualaikum,Salam 1 blogger.. Dah lama tak update blog sebab agak sibuk dengan aktiviti harian..hehe.. Baru-baru ini bertarikh 11 September 2011 hari Ahad lepas Lydia tidak melepaskan peluang untuk berhari raya bersama dengan murid ROHINGYA dan bersama siswi IIUM..Lydia ikut papa Lydia untuk bersama beliau menyambut hari raya bersama mereka.. Papa Lydia merupakan salah seorang daripada team MRA.. 

Ini merupakan kali pertama Lydia mengenali mereka, mereka bukan la sesenang dan sesempurna kehidupan seperti kita semua.. Mereka kekurangan makanan dan pelbagai lagi lah.. Majlis ini berjaya dijalankan malah wartawan dari KOSMO & UTUSAN MALAYSIA serta AL-Hijrah turut hadir bagi memwawarkan dan mempromosikan mereka. Agar kehidupan mereka lebih baik.. 

gambar bersama murid Rohingya, siswi IIUM dan team MRA..

gambar bersama team MRA's

Apa-apa pun Lydia seronok dapat join bersama mereka secara tak langsung dapat melihat telatah mereka yang lain dari budaya kita di Malaysia.. Its is wonderful day for me..

p/s:: thanks papa sebab bawa girl ke sana.. Hope dapat ke sana lagi..

Saturday, 10 September 2011

Penggunaan bahasa NAMA, SAYA, AKU dan GUWA

Tak kisah la guna yang mana pun janji selesa.. Bagi Lydia sendiri tengok la pada entry yang sesuai.. Kalau nak dikenali sedikit rasa nya Lydia prefer guna "Lydia" so kalau nak bagi mula-mula selesa guna perkataan "saya" kalau macam nak rock-rock sikit guna la "aku" dan kalau nak brutal and ganaz sikit guna "gua" apa-apa pun bahasa diri untuk pembaca blogger janji korang selesa dengan ayat korang sendiri.. Tak kan nak tulis cerita lebat nak comel-comel kan..hehehe ^_^ guna la bahasa yang rock-rock sikit supaya bersesuai dengan entry.. Tak bermakna la korang kasar entry korang tak best kan.. Apa-apa pun IKUT SUKA LA KAN.. janji happy...

p/s:: Blog korang ikut suka korang lantak p orang nak cakap apa...

Friday, 9 September 2011

mungkin kau tak pernah rasa kena.....


Kau cuma nak aku berada di tempat kau.. Cuba kau rasa pula aku di tempat aku.. DI CURANG & DI TIPU bulat-bulat.. Kau rasa dikianati tapi aku, kau tak pernah fikir pula kan.. Sakit aku, perit aku dan sesak aku kau tau.. Mungkin kau tak pernah rasa kena CURANG.. kalau kau rasa baru kau tau sakit.. Senang je kau cakap kat orang berada la kat tempat kau kan.. Aku tahan selama ni sebab aku tak nak buruk kan kau.. Aku fikir bila aku DIAM kau akan reda tapi tak sangka la makin lama aku makin diam makin ligat kau cakap..

Kau fikir dulu sebelum cakap, kau dan aku sama rasa cuma berbeza kau rampas dia, sedangkan kau dia dah berpunya.. Dan kau kau tu kau cakap senang la lupa kan je sakit aku tanggung semua nak pujuk kau balik kau tak tahu sakit dia senang la kau cerita kan.. Lama-lama dia diam.. kepala o**k kau.. Kau jangan nak tunjuk kau je yang sakit tau.. Kau yang b*d*h kan yang pergi cari sakit kau.. Kau yang sentuh benda tu kan.. Kau tanggung la juga kan.. Jangan fikir kau seorang je layak bahagia orang lain pun layak juga.. Senang je kan... yang kau kau tu.. dulu kau kata aku la kekasih kau setia bagai tapi dengan orang lain kau fikir cam ni kan..

tapi tak sangka la.. Ye kau kau kata ini cerita lama.. Tapi kau sedar la kau kau bagi kasih sayang & cinta aku dulu bagi kau orang lain rasa.. Bila kau sedar nanti..Dan bila aku CURANG pula kat kau kau baru kau rasa sakitnya.. Aku juga layak bahagia seperti orang lain..

Dah la malas aku nak suara kan hati aku ni lebih-lebih nanti cakap aku emo lebih kan... okay la sorry to say la kalau kau nak bahagia kau fikir tempat orang pula k...

p/s:: entry ni Lydia tulis suka-suka je tau.. Tak ada kerja.. PENGGUNAAN AKU KAU TU SAJA NAK HANGAT KAN..HAHAHA :)

Thursday, 8 September 2011

Wordless Thursday:# final destination 5


lepas tengok just boleh komen-ngeri!!!!


always love that guy!

Tuesday, 6 September 2011

Kredit tu my untie..


 gambar ni maksu Lydia ambil masa tu berhenti di tol Gambang, Kuantan..
masa ni Lydia tengah sibuk dengan handphone call kawan Lydia..
muka ketat tu sebab panas la.. matahari terpancar di wajah..
Amboi bahasa tak boleh bla kan..
apa-apa pun thanks..

Puding Roti Caremel

Hai fellows semua.. hehehe ^_^  hari ni Lydia nak share resipi puding roti caremel.. Mama Lydia yang suruh buat puding roti ni sebab lorong Lydia ada buat meeting untuk jamuan hari raya lorong tahun ini.. Untuk pengetahuan anda semua la kan.. Tiap-tiap tahun Lydia buat puding roti ni.. Ramai yang dah cuba tau.. hampir semua kawan Lydia minta resipi ni... So ni la resipi nya...

nampak mengiurkan tak??hehe

so this recipe , ni la resipi nya..
Bahan-bahan:
7 keping roti
6 biji telur (grade A)
1 tin susu cair (ideal)
1/2 sudu teh garam
1/2 gula
1 1/2 cawan gula hangus

step-step cara-cara:
1. roti dicarik-carik kan kecil lepas tu masuk kan air panas untuk dikembangkan seketika..dalam 5min-7min.
2. tapiskan roti itu supaya tak lembab sangat roti.
3. blend putar kan dalam mesin pengisar (blender) bahan-bahan telur, susu cair, gula, roti yang dikembang tadi dan garam.
4. masak la gula untuk di jadikan gula hangus. 
5. lepas tu masuk kan gula hangus ke dalam loyong bulat (medium).
6. ratakan gula hangus.
7. masukkan bahan yang di dalam loyang, tapis tau.
8. kukus dalam 15min-20min.
9. siap!!!

TIPS:
1. untuk tidak rasa hanyir puding anda buat mata telur tersebut.
2. untuk gula hangus-jangan kuat sangat api/paling pelahan supaya gula tak terlalu hangus nanti puding anda akan menjadi pahit.
3. untuk pastikan sudah masak puding tu cucuk sikit pakai lidi.

okay la anda semua!!! SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, 5 September 2011

Sahabat Blogger ku ADASYA..

Terima kasih atas nasihat Ada tempoh hari.. Lydia sekarang dengan si dia getting better..hehehe :) lepas ni Ada leh la jadi Dr. Love untuk Lydia.. Lydia harap kita bukan saja dapat jadi sahabat di alam maya saja.. Hope boleh jadi sahabat di alam sebenar.. Maybe will be some day kan..kan... dan terima kasih jadi kan Lydia sebagai bloglist Ada.. loppp u fren.. ^_*

Nur Syahada Nordin


sorry ye Ada curi gamba hehehe ^_^ jangan marah tau!!!

p/s:: keep writing k!!!

Sunday, 4 September 2011

Perlu ke kritik sesama sendiri?


Assalammualaikum salam 1 blogger.. Lydia nak la luah sikit soal kritik-mengkritik antara sesama blogger.. PERLU ke? sampai nak hentam orang.. Kita sesama blogger patutnya sesama la menyokong even thought geli atau meluat tengok blog orang tak kan sampai nak publish kan.. sesiapa pun kalu dikritik akan terasa tak payah la nak publish kan.. apa kata korunk yang nak kritik tu just publish kat blog dia kan senang.. Memang la orang kata kritikan itu membina tapi sampai nak gaduh-gaduh sesama blogger tu.. TAK MAU LA.. TAK ELOK.. kita sama-sama memperjuangkan dan sokong antara satu sama lain.. NO BODY IS PERFECT!


Memang betul sesetengah orang kata "siapa makan cili terasa pedas" tak kan makan cili rasa gula-gula kan... Apa-apa pun setiap blog ada cara penyampaian dan cerita yang berbeza kalau TAK BOLEH terima tak payah la baca.. TAK PAYAH sakitkan hati sendiri.. Lydia kat sini nak kita sesama blogger SATU HATI.. sokong sama-sama..


Lydia tahu Lydia cuma blogger baru yang hanya ingin mencoret cerita bukan untuk mengata atau megutuk cuma nak kita kenali sesama sendiri ^_^

p/s::: maaf la andai entry ni ada yang terasa hati.. Lydia cuma nak jadi SAHABAT BLOGGER yang sokong antara satu sama lain..

Saturday, 3 September 2011

Andai Cinta ini Hilang..

Assalammualaikum Salam 1 blogger.. Hari ini Lydia emosi lebih sikit nak cerita tentang perasaan yang ingin diluahkan..Mungkin yang ini akan membuat diri Lydia lebih sedar dengan rasa penuh kesabaran dan redha atas ketentuan-Nya.. Adakah mungkin suatu hari? atau keesokkan harinya? Lydia tak tahu adakah ini hanya mimpi atau khayalan atau angan sahaja.. Biar la Lydia ke tajuk entry ini..

ANDAI CINTA INI HILANG..

Andai cinta ini hilang tak mampu ku pandang,
Andai cinta ini hilang tak mampu ku pegang,
Andai cinta ini hilang tak mampu ku rasa,
Andai cinta ini hilang akan ku kenang..

Lydia sanggup kehilangan boyfriend dan semua orang kecuali Cinta yang Esa... Lydia sayang semua tapi andai Lydia perlu memilih Lydia hanya pilih Cinta yang hakiki.. luasnya alam ini diberi Lydia rasa.. Tapi mampukan luasnya alam ini memberi kita wujud kan rasa syukur nikmatnya? Lydia kadang-kadang terlalu keliru mana yang Lydia mahu.. Tapi Lydia yakin Lydia sayangkan papa Lydia hari ini.. Mungkin kerana dendam dan marah telah meguasai Lydia.. Lydia patah dan renyuk disini.. Lydia perlu masa untuk pulihkan segala yang telah parah.. Tapi tak akan mungkin ia akan menjadi seperti dulu.. Biar la ia menjadi kenangan dan sejarah yang mungkin hilang ditelan bumi.. Tapi yang penting andai cinta ini hilang kesemuanya Lydia tak akan toleh lagi...

Lydia nak permandangan ini mejadi Lydia tenang.. tenang sehingga mampu hilang semua rasa sakit ini.. Buat mereka yang Lydia pernah sakiti maafkan Lydia.. Dan buat mereka sakit kan Lydia maaf la Lydia perlu ambil masa untuk neutral kan rasa sangsi, prasangka, sakit dan perit ini...

p/s::Untuk cinta yang HILANG-----> ruang itu ada tapi bukan sekarang tapi suatu masa!!!

Thursday, 1 September 2011

5 tahun ini..

Assalammualaikum.. Salam 1 blogger.. Hari ini Lydia nak cerita perihal tentang PERSAHABATAN kami berdua yang hampir 5 tahun.. Susah senang dan suka duka tetap bersama.. Finally dapat jua Lydia beraya di rumah nya di Kuantan Pahang.. Best sangat family Lydia juga turun semua 5buah kereta.. Alahai dah macam hantar rombongan meminang la kan...hehehe ^_^

picture ini kami kongsi bersama.. 
blog berbeza saja..
kalau rajin singgah la ke blog dia..

peace!! <!_*>

buat kamu yang bernama NUR ATIQAH ARAZMI.. saya sayang kamu sangat-sangat.. kita akan jadi kawan dan sahabat selamanya... terima kasih atas segalannya dear..
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia