Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Tuesday, 29 November 2011

disana ada kenangan

Selama 3 hari 2 malam di The Wood Resort & Training kat Ulu yam je.. Walaupun dekat tapi tak pa keseronokan tetap ada.. Ini first time aku join team members counselling labs.. Sepanjang 3 hari itu banyak sangat tersimpan kenangan yang tak akan aku lupa kan walaupun sesaat aku kat sana.. Seriously banyak benda yang aku belajar di sana.. Seronok tak terhingga.

tersimpan dinding2 kenangan disitu..

Banyak aktiviti yang dijalankan.. Alhamdulillah aku tak terlepas peluang untuk mengikuti semua modul yang dijalankan.. Walaupun agak kepenatan tapi amat berbaloi.. Sumpah!!! memang terbaik!!!

p/s:: kekal sampai bila-bila seperti ini..


Sunday, 13 November 2011

35 sebab saya cinta awak..


1. Saya boleh jadi diri saya sendiri bila saya bersama dengan awak..

2. Bila idea awak seperti lampu yang malap, saat romantik dan muzik yang lembut ia adalah hanya untuk kita berdua sahaja.
3. Kerana awak membuat rasa saya.. seperti.. seperti... seperti yang tak pernah saya rasai..

4. Saya boleh kongsi apa saja dengan awak dan awak tak akan terkejut.

5. Cinta abadi awak adalah untuk kita simpan api cinta kita yang membara.

6. Bila kita berdua bersama kita mampu membuat sesuatu yang silap mata.

7. Kita adalah pasangan yang sangat serasi untuk bersama.

8. Fikir pasal awak membuat saya mengisi hidup saya dengan perasaan yang sangat indah.

9. Cinta yang awak berikan pada saya adalah terbaik dalam hidup saya.

10. Awak tak pernah buat saya putus asa malah awak kuat kan saya untuk teruskan.

11. Saya cinta awak adalah benda terbaik dalam hidup saya..


12. Awak bukan lawan saya tapi kita boleh lawan kekuatan cinta kita.

13. Awak mampu menghiburkan saya dengan lawa bodoh awak tu.

14. Setiap kali saya menatap wajah awak, seolah jantung saya terhenti seketika.

15.Awak sahaja yang mampu kunci hati saya.

16. Awak selalu berkata dan ia perlu saya dengar bagi saya awak sempurna untuk saya.

17. Awak mengajar saya erti dan makna cinta yang sebenar.

18. Cinta ini bermakna awak adalah saya dan saya adalah awak dan segalanya.

19. Awak merupakan tema wajib untuk saya mimpikan.

20. Saya hanya mempunyai masa dan tanggungjawab untuk awak sahaja.

21. Apabila saya melihat kedalam anak mata awak saya mampu rasa perasaan awak dan dengupan jantung awak terhadap saya.

22. Cinta awak adalah semulajadi pada saya.

23. Saya suka dengar suara awak sebab buat saya tenang.

24. Cinta awak mampu mencari diri saya sebenar.

25. Cinta awak sangat berkesan untuk saya tidak berputus asa dalam menyintai awak.

26. Kalau boleh saya ingin setiap pagi awak berada disisi saya supaya hari-hari saya akan ceria.

27. Awak selalu membuat saya merasa saya perlu bersama awak tak kira masa.

28. Saya berasa sangat selamat bila awak memeluk diri saya.

29. Saya suka cara awak walaupun kadang-kadang perangai budak-budak saya keluar tapi awak tetap nampak tenang.

30. Bila dengan awak , dunia ni kita punya.

31. Awak perkara penting dalam hidup saya.

32. Saya suka perilaku awak sebab ia nampak awak mengambil berat pasal saya.

33. Saya suka bila awak menghargai barang yang saya hadiah kan.

34. Saya suka bila awak sedarkan saya bila saya melakukan kesalahan.

35. Saya suka kebijaksanaan awak sebab jatuth cinta dengan saya ^____^


Friday, 11 November 2011

bersediakah aku..?

Hari ni bertarikh 11/11/11.. dan ramai yang memilih tarikh ini untuk membina masjid dan terus melangkah ke alam itu.. Termasuk la kawan sekelas aku syiera yang baru selesai bernikah pagi tadi..


Huh!! tahun ni aku dah 22tahun.. tahun depan 23tahun makin lama makin meningkat umur kita kan.. Usia sebegini tipu la kalau perempuan tak pernah memikirkan soal perkahwinan.. Alam berumahtangga ni kan.. Even aku sendiri pun pernah terfikir dan berangan pun ada nak mempunyai keluarga sendiri.. Nampak macam seronok kan!! Tapi itu la persoalannya.. "BERSEDIAKAH AKU?"

Hmmmm.. aku tahu tajuk macam ni adalah umumkan.. so mari la kita fikir sejenak... Kalau aku sebagai wanita kalau dah khawin nanti apa aku perlu buat?:::

*yang pertama yang wajib ialah simpan rahsia suami dan hal rumahtangga serta patuh pada suami (mampu ke? sedangkan bercouple pun mesti nak bercerita dengan orang lagi la nak ikut segala..)

*ke-2 wajib amanah dan amanat dalam menjaga harta suami dan pandai menguruskan hal kewangan (fikir balik macam aku ni selalu perhabiskan ade la..)

*ke-3 kena bangun pagi-pagi nak siap pakai dan makan dia (aku pun kadang-kadang bangun lambat..ape ce?hahaha)

*ke-4 kena tidur besama dengan suami even dia berdengkur (sanggup ke? kadang-kadang radio sebelah bunyi pun dah suruh tutup)

*ke-5 kena jaga hati suami dan keluarganya sebaiknya (yang 5 ni la kan.. kadang masa couple pun dah buat hati terluka ni pula nak jaga hati keluarga dia.. kadang-kadang hati keluarga sendiri pun tercela)

*ke-6 kena masak untuk suami setiap hari (pergh!!! kalau dapat suami yang boleh toleran tak pe..kalau jenis hari-hari nak makan masakan macam mana?)

*ke-7 ni korang fikir la sendiri ok? ni antara yang perlu difikir kan...

Aku tahu ada orang cakap "kalau macam tu tak khawin la aku kan" so tempuk dada tanya la diri... Kalau nak berubah la.. Apa yang aku boleh cakap kahwin ni kena BANYAK komitmen semua pihak kalau tak ada payah la kita nak membentuk rumahtangga yang bahagia dan harmoni..

ooo...yee... nak tambah sikit lagi (terlupa pula) kalau nak merancang ada anak pastikan kewangan korang tu betul-betul stabil.. sebab kos sara baby aka anak ni tinggi... (bukan nak takut kan just nak nasihat) walaupun aku ni belum nak langkah ke sana , aku juga perlu nasihatkan diri sendiri..

p/s: apa-apa pun "bersediakah aku?" jawapannya.. "aku masih belum bersedia..

Thursday, 10 November 2011

cinta tak sentiasa mudah kerana Allah sentiasa menguji kekuatan untuk kita lebih matang dalam ujiannya..



Jangan bersedih... kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dengan dugaan hebat kerana itu tanda kasihNya..

Jalannya dihiasi duri-duri duka dan luka, tidak akan dibiarkan dengan lena dalam nikamat limpahNya..

Tapi dihidangkan dengan keperitan susah payah yang tiada sudah..

Ambil lah hikmah setiap peristiwa dalam hidup anda, maka kita akan sentiasa mendapat manfaat dari setiap peristiwa yang berlaku..

Jangan pernah fikir kita ini berbeza secara harfiah dan lahiriah, kerana kita melangkah di bumi yang sama dan mendongak searah yang sama..

Hidup terlalu pahit dan pedih jika tidak diwarnai oleh hati yang redha dengan takdirNya...

Senyumlah kerana tandanya DIA amat menyayangi hambaNya.. syukur alhamdulillah dengan kasihNya... 

Semoga kita tabah dan kuat untuk menempuhi hidup yang meguji keimanan dan kesabaran ini.. Amin~~

Tuesday, 8 November 2011

tiga perkataan yang terlalu indah

I love you.. Aku cinta padamu.. Aku sayang kamu...wo ai ni.. te guiro.. ashiteru... dan sebagainya la kan... kata keramat ni senang nak dikatakan buat semua orang tapi untuk seikhlasnya sangat la payah melainkan 2 hati yang ingin menjadi 1 jiwa.. Ia bukan mudah untuk kita fahami maksud 3 perkataan ini.. Kerana ia terlalu abstrak untuk dinyatakan.. (dan seperti dalam lagu 3kata dari KRU)

Seperti perlu kita tahu perasaan cinta ini bila terasa ia seolah bagaikan kita diawang-awangan tanpa memperdulikan orang lain dan anggap dunia ini seperti kita yang punya.. tapi AWAS... cinta ini bukan la untuk semata untuk kebahagiaan tapi untuk segalanya.. Memang mudah dan gembira bila kita dah bercinta tapi perlu di ingat dugaan akan datang.. Jadi JANGAN leka..


bila seorang teman berkata "aku cinta kamu" wah!! rasa sungguh indah hanya kau dan aku saja ada di dunia ini.. dan segala urat saraf kita menjadi aktif, darah mengalir dengan laju.. Kata keramat in juga mampu MERUNTUHKAN EGO seseorang manusia apabila ia menerimanya.. Dan boleh dikatakan hanya kau mampu buat aku bahagia sampai bila2.. "aku cinta kamu" juga mampu membuat semua sesiapa bercinta berjanji setia walaupun kita akan tahu akibat nya...

Begitu la cinta... Cinta itu suci tapi manusia juga mengotorkan cinta... Cinta itu tak buta tapi manusia yang membutakan semuanya.. Jadi kita sebagai manusia yang bertemu dengan cinta ingatlah jaga la ia sebaik mungkin dengan cara anda sendiri.. Jangan dengar segala anasir-anasir jahat yang mampu meruntuhkan hubungan kita..

i love u!!! ucaplah buat diri sendiri.. untuk Allah.. untuk ibubapa.. Untuk guru-guru.. Untuk sahabat dan teristimewa.. Cinta itu titian untuk kekuatan..

p/s:: peringatan untuk kekuatan diri dan untuk anda yang bercinta..

syukur kerana bukan dia..

kenapa Allah tak kekal kan jodoh aku gan dia sebab Dia tahu apa yang terbaik buat aku.. Semalam aku tengok la exbf aku punya FB.. Masyaallah.. Bukan la aku ni nk buruk kan orang atau pun nk cerita keburukan orang.. Cuma aku bersyukur sangat sebab tak dijodohkan bersama si dia tu.. 

Bukan la aku nak kata aku ni perempuan yang baik.. dan tak akan mengaku pun aku ni baik.. Sebab manusia tak pernah cela untuk membuat kesilapan.. Berbalik kepada topik syukur kerana bukan dia.. Bukan apa la kan.. Aku bukan la nak dengki ke dengan kebahagiaan dia tapi tu la tengok kehidupan dia makin teruk dan tak macam orang melayu..

Aku tengok keluarga dia pun.. hmmm.. Rasa tak baik lak kan buka aib orang kan.. Tapi apa yang aku boleh kata aku bersyukur kerana dipertemukan orang yang lebih baik dari si dia itu.. Kalau kawan dia baca nak je aku cakap "Aku tak luak pun nak kawan ko tu" .. Sekarang aku dah cukup bahagia dengan bf aku.. Walaupun aku tahu masih jauh perjalanan aku dengan dia..

macam aku apa yang aku publish kat fb aku "alhamdulillah aku tidak bersama dengan dia.. dan aku dipertemukan aku gan lelaki yg lbih baik.. semua nya ada kebaikan bila jodoh itu xda.. sbb Tuhan akn beri kita yg lbh baik.. so apa yang aku tahu aku bersyukur sangat pada Allah..

p/s:: walaupun kadang-kadang aku terfikir aku menyesal tak bersama si dia tapi bila fikir betul-betul semua yang terjadi ada kebaikannya.. aku percaya Allah sentiasa beri yang terbaik buat hamba-Nya.

Friday, 4 November 2011

Tower heist review

hai fellows...hari ni Lydia nak la bagi review sikit tentnag cerita TOWER HEIST.. Lydia dah tengok cerita ni pada hari khamis lalu...Mesti tertanya kan best ke cerita ni kan.. so Lydia akan bagi review sikit la and anda semua nilai la sendiri ok..


Nampak tak authors semua popular kan.. So this the review.. Cerita ini mengisahkan sebuah bangunan kediaman buat orang-orang kaya.. (macam kondo la) tapi ni memamg mewah la... Dimana Ben Stiller bekerja sebagai manager maintenance kat situ kira macam penjaga la segala perihal tentang Tower heist ni..(bukan guard taw).. So mesti korang tanya kan apa kena ngena gan Eddie Murphy tu kan.. Dia ni merupakan seorang penjenayah ringan la..(curi2 rompak)..

ni tengah usha tower untuk plan rompakan dorang..

Apa kaitan gan si Ben ni adalah si Ben ni minta tolong si Eddie ini untuk merompak/ membantu untuk salah sebuah rumah yang dimiliki oleh sorang kaya ni.(Lydia lupa apa nama dia) kes nya penyelewengan wang syarikat serta pekerja kat Tower tu yang melabur kat dia...

THEN....... korang kena la tengok cerita ni.. hehehe ^____^ sikit2 je la.. unsur cerita more to action and comedy.. thats all la.. Lydia just give 3star saja..hmmm..



real steel for 2nd time


bak kata kakak aku "girl dah kena badi real steel"... hahaha.. aku cakap dengan korang semua rugi sangat kalau tak tengok.. Bukan apa impact dia sampai sekarang aku rasa.. Walaupun ada orang cakap bazir duit la tengok kat wayang tunggu CD keluar!!! apa yang aku nak tegas kan kat sini impactnya tetap berbeza!!! tak kira tv korang tu plasma ke audio leh gegar kan rumah ke.. Lain rasa nya kalau tengok kat cinema.. Itu yang perlu korang perlu tahu.. yang leh aku komen terbaek!!! terbaek!!!! terbaek!!!

author hero:: Hugh Jackman
author heroin:: Evangeline Lilly

Aku ni tak pandai nak bercerita sangat tapi nak bagi review la kan buat siapa-siapa yang tak tengok lagi...Cerita pasal robot siapa paling kuat la.. so dalam cerita ini ada la unsur kasih sayang anak dan ayah, kesungguhan, romatik pun ada.. sedih dan excited pun ada.. 

Bermula kisah ni apabila Hugh Jackman aka Charlie yang menjual hak custody anak sendiri, yang BARU je diperolehi dari mahkamah selepas ex gf dia meninggal dan dia tak pernah tengok pun anak dia tu yang bernama max yang berusia 11tahun so si carlie ni pin nk jual la kepada kakak ex gf dia yang kaya semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membeli robot baru untuk cari duit dan lawan robot lagi la.

Sebelum bagi sepenuhnya hak kepada Debra, his ex's sister, dia meluangkan masa dengan Max, anak luarnikah dia. Kat sini la, hubungan anak and ayah pun bermula macam tu secara tak langsung Max turut bergelumang dengan dunia robot ni lebih-lebih lagi sejak jumpa robot buruk yang bernama Atom yang 'accidentaly' saved him dari jatuh dalam gaung (masa tu dia dan ayah dia pergi cari alat ganti robot la kononnya kan). lepas tu banyak la incident yang berlaku nak tau lebih tengok..hahaha ^____^

 max and ayah tengah buat perjanjian..

 max bersama robotnya atom..

 gf ayah dan max..

perempuan kaya yang belagak!!!

apa yang aku leh kaba kan kat sini.. MESTI TENGOK!!
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia