Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Friday, 11 November 2011

bersediakah aku..?

Hari ni bertarikh 11/11/11.. dan ramai yang memilih tarikh ini untuk membina masjid dan terus melangkah ke alam itu.. Termasuk la kawan sekelas aku syiera yang baru selesai bernikah pagi tadi..


Huh!! tahun ni aku dah 22tahun.. tahun depan 23tahun makin lama makin meningkat umur kita kan.. Usia sebegini tipu la kalau perempuan tak pernah memikirkan soal perkahwinan.. Alam berumahtangga ni kan.. Even aku sendiri pun pernah terfikir dan berangan pun ada nak mempunyai keluarga sendiri.. Nampak macam seronok kan!! Tapi itu la persoalannya.. "BERSEDIAKAH AKU?"

Hmmmm.. aku tahu tajuk macam ni adalah umumkan.. so mari la kita fikir sejenak... Kalau aku sebagai wanita kalau dah khawin nanti apa aku perlu buat?:::

*yang pertama yang wajib ialah simpan rahsia suami dan hal rumahtangga serta patuh pada suami (mampu ke? sedangkan bercouple pun mesti nak bercerita dengan orang lagi la nak ikut segala..)

*ke-2 wajib amanah dan amanat dalam menjaga harta suami dan pandai menguruskan hal kewangan (fikir balik macam aku ni selalu perhabiskan ade la..)

*ke-3 kena bangun pagi-pagi nak siap pakai dan makan dia (aku pun kadang-kadang bangun lambat..ape ce?hahaha)

*ke-4 kena tidur besama dengan suami even dia berdengkur (sanggup ke? kadang-kadang radio sebelah bunyi pun dah suruh tutup)

*ke-5 kena jaga hati suami dan keluarganya sebaiknya (yang 5 ni la kan.. kadang masa couple pun dah buat hati terluka ni pula nak jaga hati keluarga dia.. kadang-kadang hati keluarga sendiri pun tercela)

*ke-6 kena masak untuk suami setiap hari (pergh!!! kalau dapat suami yang boleh toleran tak pe..kalau jenis hari-hari nak makan masakan macam mana?)

*ke-7 ni korang fikir la sendiri ok? ni antara yang perlu difikir kan...

Aku tahu ada orang cakap "kalau macam tu tak khawin la aku kan" so tempuk dada tanya la diri... Kalau nak berubah la.. Apa yang aku boleh cakap kahwin ni kena BANYAK komitmen semua pihak kalau tak ada payah la kita nak membentuk rumahtangga yang bahagia dan harmoni..

ooo...yee... nak tambah sikit lagi (terlupa pula) kalau nak merancang ada anak pastikan kewangan korang tu betul-betul stabil.. sebab kos sara baby aka anak ni tinggi... (bukan nak takut kan just nak nasihat) walaupun aku ni belum nak langkah ke sana , aku juga perlu nasihatkan diri sendiri..

p/s: apa-apa pun "bersediakah aku?" jawapannya.. "aku masih belum bersedia..

7 comments:

  1. 0w. aq nak kawin tapi takot xley nak jln kan tanggung jawab. tapi aq ase bole. andai aq mempercayai yg aq bole uat sume tue. agree x.? haha.

    ReplyDelete
  2. ok la mcm tu...bersedia la ek?? bgus2..

    ReplyDelete
  3. hehe.risau fikir perkara ni..

    bersedia ilmu dan kewangan =)

    ReplyDelete
  4. takpe lah. kalau dah sedia nanti boleh kahwin. kadang2 sekarang kita rasa tak bersedia, bila dah kawin nanti, kita akan mampu laksanakan tanggungjawab :)

    ReplyDelete
  5. hehehe..btul la tu...tapi perlu kan persediaan juga supaya diri tak terkejut..

    ReplyDelete
  6. hehehe kwn ku mnikah lagi 1 pg kelmarin..kih3..

    ReplyDelete
  7. hahaha..lyd..boleh tahan gak lyd nya blog ni..huhu..pandai karang ayat..hehe apapun smoga berjaya dlm hidup..huhu

    ReplyDelete

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia