Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Sunday, 15 January 2012

kawan, sahabat & teman.

Hallo fellow blogers.. Dah lama tak update blog mengenai berkenaan tentang kehidupan, selalunya entry aku lebih pada perasaan and suara hati aku sendiri. Tapi hari ini nak berkongsi pendapat dan pengertian buat semua.. Okay la tajuk entry ini maybe memberi pelbagai makna buat semua, tapi ini dari sudut pandangan aku. Terpulang untuk anda menilainya erti kawan, sahabat & teman.


Baik lah, kawan.. Kawan mudah dicari bila kita menyapa dah tau nama itu dah boleh jadi kawan. Jadi kawan ni selalunya lebih pada bersuka ria dan membuat satu aktiviti yang memerlukan pertolongan kawan. Dari sudut kawan ni juga ia penting sebab ia boleh membantu dalam apa jua keadaan. Oye.. Kawan juga perlu jaga hati sebab mereka tak begitu mengenali kita sebenar. Dan kebiasaannya kawan ini hanya ada kadang-kadang je. Terutama masa belajar la buat assignment dan sebagainya la. Dan boleh jadi kita melepak bersama.



Manakala sahabat pula, sahabat ni satu cabang kita ke arah lebih rapat dan dalam soal ni sahabat adalah seorang atau sekelompok, tak kira la korang ada seguni, beberapa orang pun sahabat , 6 orang, 7 orang atau berapa pun la. Janji sahabat. Sahabat ini merupakan satu pohon yang boleh kita berteduh dan saling memahami serta menerima seadaanya. Kadang-kadang itu biasa kalau hati terluka antara sahabat. Dan apa yang boleh buat paut dan capai tangan dari sahabat lain dan beri kesedaran. Dan sahabat juga bukan tolong ketepi ketika ia jatuh atau salah. Itu pentingnya sahabat.


Dan teman pula ia berbeza ada juga dari sahabat mungkin kita tak perasaan kadana-kadang tak semua sahabat boleh memahami. Dan ia boleh dijadikan teman. Sepatutnya sebagai seorang sahabat lebih memahami mungkin ia lebih rapat dan memahami. Dan ia boleh jadi teman. Sebab kadang-kadang sahabat kita semua tak semestinya ada disisi mungkin ada 2 atau 3 atau berapa la sahabat korang yang ada disisi.. Itu teman.. 



Fahami konsep itu, dan aku nak nyatakan interpretation orang berbeza-beza jadi terima je la. Jadi sayangi orang berpada-pada dan sayangi diri itu penting. Dan yang penting siapa pun kawan, sahabat atau teman yang penting mengerti dan menerima. Itu je la.. 

p/s:: Tak semua perfect dan kalau ada terkasar dengan kawan , sahabat dan teman jangan menghukum dan menyedarkan sebab kita bukan tuhan nak hukum-hukum kesalahan orang.. Lastly, bila dah kehilangan intan dan ketika itu kita baru sedar kita sedang kutip batu.

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia