Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Saturday, 12 May 2012

Jodoh itu rahsia Allah



Selidik sebuah perkenalan demi menjana masa depan.

Pernah suatu ketika diri kita hilang kerana kehilangan seseorang yang kita perlu kan dalam kehidupan. Tatkala, begitu kita memohon Jodoh dari Allah s.w.t. Dia telah menentukan setiap manusia akan memiliki pasangan masing-masing. Ye!!! JODOH ITU RAHSIA ALLAH. kerana semua yang berlaku di muka bumi telah catat pada buku dunia diri kita.

Sekira kita kehilangan sesorang bukan bermakna kerana kita gagal. Namun, itu la keajaibanNya. Percaya dan yakin bahawa Allah akan memberi jodoh yang lebih baik/ terbaik pada diri kita. Seperti jodohnya Para Ambiah. InsyaAllah jangan bersedih kerana janji Allah tak pernah mungkir walaupun sezarah.


Ketika seseorang merungut dan mengeluh itu la kekurangannya kerana sentiasa tidak percaya akan anugerah yang akan diberi seperti yang di ketahui :

Allah S.W.T berfirman,
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur’:26)

Percaya dan yakin Jodoh itu Rahsia Allah seperti sebuah hadiah yang tak akan diketahui melainkan kita buka , dan ketika itu percaya la beliau adalah terbaik buat kita.



Titipkan doa ini jika diri kita tidak menemui jodoh, InsyaAllah..

p/s: percaya dan yakin Jodoh itu milik kita suatu masa nanti. Amin.


No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia