Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Sunday, 29 July 2012

Bakal Imam Ku 4

Tak payah hensem, janji ada ilmu akhirat secukupnya.
Dia tak hensem tapi wajahnya penuh dengan Nur.
Dia tak kaya tapi dia kaya dengan ilmunya.
Dengan ilmunya dia akan berusaha mencari rezeki dan keredhaan.

Semoga siapa pun dia yang ada aku pohon dan tadah.
Bakal Imam ku.
AKU MENANTIMU.

p/s: Mencari cerita kisah yang sempurna dan hakiki.

Bakal Imam Ku 3

Di keheningan malam 9 Ramadhan, aku mendengar para lelaki sedang bertadarus Al-Quran. Ya Allah, sayunya mendengarnya dan aku tidak terkecuali mengikuti. Ye!!! Mereka ada ciri-ciri itu. Semoga Allah perkenankna doa ku setiap malam ku.. Amin.


Mereka membaca dengan bertajwid, Berlagu. Ya Allah indah sungguh ayat-ayat dan surah-surah Mu buat aku terasa ingin lebih menyelaminya. Semoga aku akan dapat seorang bakal imam yang mampu membaca Al-Quran pada setiap malam dan setiap hari. 

p/s: TENANG.

Saturday, 28 July 2012

Jannatul Ajla

Wahai bakal imamku. Ingin aku menjadi penyejuk jannatul ajla mu. Siapa pun kau. Aku nak kau tahu Allah dah jodohkan untuk kita berdua. Siapa pun kau. Aku terima dengan hati terbuka. Allah Maha Mengetahui. Amin.

p/s:: menanti sang adam menjemput.

kaca

pernah menjadi berlian dalam hidup aku, tapi aku tahu ada yang terbaik buat aku.
Jadi kaca yang banyak memberi impak pada diri aku.
Oye kau banyak dah buat aku berhati-hati dalam permilihan hidup aku.
Aku nak berterima kasih pada kau.
Sebab kau dah jadi kaca.
Tak apa.

p/s: aku tak akan sangka kau berlian tapi kau kaca.

Friday, 27 July 2012

Bakal Imam Ku 2

Alhamdulillah dah Tarawikh yang ke-8. Alhamdulillah sepanjang minggu ini puasa aku dalam keadaan baik sahaja. Dan 3malam aku mendengar suara bakal imam. Bakal Imam siapa? Itu aku tak tahu. Aku jatuh hati. Jatuh hati dengan suaranya. Selayak mana itu kita tak tahu. Allah mendengar dan mengetahuinya.

Aku tersenyum bila nampak namanya terpamer dipapan putih yang akan mengimamkan tarawikh.. Dan aku menanti. InsyaAllah.. Jika jodoh itu ada tak kemana. Walaupun bukan dengannya mungkin seangkatannya. Jodoh itu semua ketentuanNya. Dan aku hanya mampu berdoa dan bersujud.

p/s: Cinta bukan sesuatu yang remeh.

Bakal Imam Ku 1

cukup la sekadar yang mampu membimbing dan menjagaku sebaiknya,
bukan mengharap segunung harapan tapi berdoa agar ada seorang yang mampu menjadi imam.
Ya Allah, titipkan doaku ya Allah. Amin..

Aku suka lelaki berjubah putih,
aku suka mendengar imam yang sentiasa mengimamkan orang lain.
 aku ingin seorang lelaki dikalangan mereka,
sebab aku tahu mereka mampu membimbing aku.. 
InsyaAllah..

Aku akan mencuba menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri.
Aku akan mencuba menjadi seorang yang boleh bawa diri aku dengan rahmatNya.
InsyaAllah.
Aku cuba. Dan itu tak salah.

Dan aku ingin mencari cinta, cinta yang berlandaskan Agamaku.
cinta yang Hakiki.
Cinta yang tak ada didunia.
Cintanya kepadaNya. 
InsyaAllah.

Monday, 23 July 2012

Ramadhan

Walaupun tanpa kekasih dan berstatuskan single.
Moga Ramadhan kali ini memberi beribu ketenangan dan kebahagiaan
 disamping mereka yang bergelar pelajar-pelajar. 

Ramadhan ku tetap kan tahun ini ,
Ramadhan kali ini memberikan sinar baru dalam
hidup agar aku mampu bersujud dengan lebih tenang
padaMu Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.

Memohon agar semua yang berlaku dahulu hanya menjadi renjatan dalam hidup bukan titik kosong.
 Dan aku temui mereka sebagai penyejuk hati untuk aku kali ini.
Terima Kasih Allah.


mereka anugerah yang tak ternilai.
tak mampu aku ganti.
Allah mengerti.
Syukur padaMu.

SMK Hulu Kelang

perhimpunan di bulan Ramadhan.
mereka tetap hadir..

Friday, 20 July 2012

tentang aku dan mereka

Hidup ini perjuangan, tanpa semangat daripada orang lain kita akan jatuh. InsyaAllah.
Ya Allah kekal kasih sayang yang dipinjam ini walaupun sementara aku lelah tanpa sesiapa.
"Cikgu sayang anda semua"



sempurna,
setakat ini.
Alhamdulillah.

Thursday, 19 July 2012

Mereka pelangi.

mereka pelangi...

Terkejut aku keluar dari bilik UBK, masa nak balik dari kerja. Lepas tu aku nampak sesuatu yang mencuit hati aku ini dengan notice memo tu.. Alahai sweetnya mereka semua ni.. Ye! Aku dah tak sunyi kerana mereka masih ada. Alhamdulillah aku masih ada kesempatan untuk merasa kasih sayang yang tak akan ada pada orang lain.

Setiap pagi pasti ada yang menyapa "selamat pagi cikgu" dengan senyuman yang indah. Terima kasih Allah.

p/s:: Sedang aku kehilangan matahari dalam hidup aku, Allah berikan pelangi pada aku. cukup!



Monday, 16 July 2012

mereka cerita baru aku


1Bulan berada di sekolah menjadi seorang kaunselor. Itu bukan la mudah segalanya. Seronok dan gembira. Itu gambaran yang aku boleh katakan. Aku sayang mereka sebab mereka sang jiwa aku tak mampu aku padam walaupun sesaat.

Aku bahagia di samping mereka. Mereka nafas baru aku yang beri aku kekuatan yang tak mampu aku gambarkan. Ye! Aku akui mereka kini bertahta dihati. Ya Allah, Ya Tuhanku jangan biar mereka jatuh, dan beri aku kekuatan ini untuk selamanya. Amin.

#DanMerekaCeritaBaruAku


Saturday, 14 July 2012

Broga Hill's

Pada 14hb Julai 2012 lalu, Hari ahad.. again thanks to papa sebab bawa aku broga Hill's. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dalam hidup aku. Dan ini kenangan terindah buat aku sekarang ini.. 

Dalam pendakian ini kami bergerak dari KL jam 3:30pagi dan tiba di Broga Hill's pada jam 5:30pagi. Memandang ini kali pertama kami mendaki kami mengambil masa dalam 1jam 30minit. This Adventures, pada 20minit awal memang penat sangat sebab dah lama tak mendaki dan stamina pun agak kurang. 

Namun, pendakian masih diteruskan dengan lancar. Alhamdulillah. Kami disana amat seronok dan menikmati  keindahan ciptaan Illahi. Walaubagaimanapun, kami tidak berkesempatan melihat matahari terbit namun kami  melihat pelangi.  

Tak jauh hanya 400kaki paras laut. Angin bertiup kesejukan. Akhir- tiada kata melainkan ucapan ALHAMDULILLAH.

 Ini mereka~~

 keindahan mencipta beribu kenangan yang terukir.

ciptaan Allah milik kita semua.

p/s:: Ketika hilangnya matahari, kita tertanya dimanakan hilangnya pergi.
Lalu Allah berikan kita pelangi.

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika kita tidak pernah merasa kesusahan itu. Mendaki gunung hingga ke puncak akan membuat kita berjaya. Bahawa kejayaan itu perlu berusaha dan tidak berputus-asa walaupun sakit, penat dan lelah.

Tuesday, 10 July 2012

Aku si Kaunselor

Eh2!!! Macam tak percaya. Ye itu aku.

* Berlalu masa kerana ketentuanNya. Aku redha dan pasrah.
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia