Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Saturday, 27 October 2012

less word #3

p/s:: itu sang adam perlu tahu tentang aku.

less word #2


p/s:: sedang pulihkan hati untuk sang adam yang ingin menjemput.

less word #1

p/s: Tiada seindah kata. Cuma cukup la ia dirasainya.

Perlu ada kisah cinta baru?

Acah-acah je tajuk ni.. Nampak sangat dah tak idea nak menaipkan... sebenarnya tengah bosan gila malam2 macam ni.. Mana taknya.. Siang tidur, malam lak berjaga.. Dah macam burung hantu aku ni.. Mama selalu bising juga kat aku kan.. Anak dara tidur lambat pastu bangun lambat,... Tapi lambat2 aku pun tak ada la sampai kul 12 tengahhari kan...

Senang cerita la kan.. Aku dah lama tak kongsi tentang perasaan aku kat blog ni.. Mana tak nya asyik sibuk dengan aktiviti harian je kan.. Sampai tak ada masa nak endah kan perasaan ni.. Ceritanya begini la... Memandangkan almost setahun aku menjadi seorang perempuan yang single tanpa pasangan ada lah hamba-hamba Allah yang menanya kat aku "Bila lagi nak cari penganti?" Perghh!!!!! Soalan makan dalam gak la.. Bukan apa.. sebenarnya bila dah single ni aku lebih selesa tak ada yang nak control aku apa yang aku nak buat.. And thats why la aku said "NO"!!!

Hal lain juga sebab-sebab family jugak la aku dah tawar hati nak bercinta atau pun berpasangan. Ada juga lah kan hamba Allah ni siap bagi aku nasihat bagai.. Memang la betul , tak dinafikan hidup ini perlu lalui rintangan kan.. macam kita mendaki gunung gak kan.. Tapi apa daya, aku pernah juga bagi peluang dan harapan aku kat orang lain tapi seolah-olah dah tiada keikhlasan dalam diri nak bagi ruang tu semua. Ternyata aku tak perlu ada kisah cinta baru..

Oh ye!!! hati ini dah tak macam dulu dah senang-senang je nak kena ambil.. Gila kan aku ni bapak ego kan.. Mana tak egonya.. Susah gila aku nak percaya lelaki zaman sekarang ni.. Hmmmm.. Tapi tu la bila tengok orang bahagia teringin juga aku.. Tu la apa yang aku tahu,.. BELUM MASANYA LAGI.. buat sang adam yang nak menjemput aku.. tolong sabar.. aku sedang pulihkan hati ini.. BELUM MASANYA UNTUK KISAH CINTA ITU..

happy for her... She prengnant.. tip-tips for her..

Alhamdulillah syukur pada kurniaanNya.. Baru je dapat tahu yang kawan baik aku ni pregnant.. Happy gila aku padahal tak adalah kena mengena sangat.. Untuk kamu Puan Nur Hafizah Halim.. ni ada sikit petua untuk bakal ibu dan tip-tip ketika mengandung... hehehehe :p... mana la tahu kan boleh membantu sikit2 kan.. (terlebih excited).. 

Mesti ija ada rasa macam  morning sickness, loya, pening  and semua tu kan... Itu antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Ni nak kongsi serba sedikit beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu :D

Perkara perlu ija elakkan sewaktu hamil:

* Penjagaan kuku tangan kaki - kalau ija selalu mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Kalauboleh, elak kan la okay, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.Sebab produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik ija mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya okay sayang..

* Jalani rawatan muka - kalau just nak cuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tak mengapa. Tapi ija kena pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit -  yang ni tak perlu la k nak bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, sebabnya semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat tau2,,,, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil
* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil
Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.
Makanan yang harus dielak sewaktu hamil
Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.




p/s::: jaga baby elok2 tau.. ni pun copy paste kat google.. hehehehe :P saja nak menggedik excited ni.. hehehehe... Nanti rajin2 google tau2.

Thursday, 25 October 2012

She's


Hai2... Malam2 macam ni memang selalunya memang bosan la kan.. tak tahu nak update apa..
hahahaha..
nampak tak gambar atas ni.. Macam kembar tak???
hehehe
sebenarnya dia ni student aku..
aku sayang dia..
memang aku rapat dengan dia walaupun dah tak ada di sekolah  kitorang still jumpa kat luar..
apa yang buat dia ni istimewa dimata aku?
nak tau..
itu Rahsia.. hehehe
Biar aku je tahu dan nilai siapa dia dalam hati aku..
oh ye.. nama dia Ellis Jusfeena.. aku selalu juga kena tegur dengan dia sebab salah eja nama.
Hope lepas ni tak salahkan..
oh ye!!! lupa lagi.. this year dia ni calon SPM.. 
untuk beliau GOOD LUCK ye Ellis..
buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan masa hadapan.
pesanan terakhir jangan asyik dengan cinta je tau2 :p
Cikgu sayang kamu :)

Tuesday, 23 October 2012

"saya suka awak bertudung"

Segelintir lelaki suka melihat gadis-gadis "hot" yang diketegorikan sebagai perempuan free hair.
Tapi kebanyakkan lelaki lebih cederung untuk memiliki seorang gadis atau wanita yang menutup auratnya. 
Sebagai contohnya bertudung.
Hal demikian, segelitir lelaki beranggapan gadis atau wanita ini lebih pandai menjaga batas pergaulannya.
Tidak dinafikan ada pihak-pihak yang tidak menyokong dengan statement yang diatas ni.
Itu terpulang kepada tanggapan masing-masing untuk melebalkan seseorang itu.

seperti dikatakan seseorang ni
"seperti nangka yang dibalut dengan kertas dan masaknya lebih cantik berbanding yang tidak berbalut."
disini beliau menggunakan metafora untuk melebalkan bahawa gadis atau wanita yang bertudung ini lebih cantik (subjective) berbanding yang tidak bertudung.




terpulanglah kepada anda-anda untuk menperjelaskan dan mendefinisikan sesuatu yang berkaitan tentang bertudung. Apa-apa pun ia adalah saranan dari agama Islam sendiri untuk menutup auratnya. Dalam setandan pisang tak akan busuk semuanya. Tetapi sebagai seorang mukmin harus saling mengingati antara sesama kita.

Buat yang bertudung. Tahniah!!!! Anda telah menjalani satu tanggungjawab sebagai mukmin dan belajarlah dan sentiasalah memperbaiki diri lebih dari segi sikap, tutur bicara dan perilaku. Semoga hijab yang kita pakai tidaklah dilabelkan sebagai wanita yang hanya cantik bertudung sahaja dan memberi tanggapan negative daripada orang lain pada kita nanti.

Walau apa pun jua, jadilah diri sendiri dan berubahlah kerana diri sendiri bukan kerana orang lain, dengan cara itu diri kita akan lebih ikhlas dalam mendalami perubahan diri sendiri. Molek dikata oleh orang lain. 

p/s:: kaum adam akan kata pada kita " saya suka awak bertudung" cantik dipandang ayu dilihat.

Monday, 22 October 2012

Keluar date lagi???


Mencuba itu tak salahkan?
untuk keberapakali entah.. Aku mecuba keluar bersama somebody yang aku sendiri tak pernah jangka..
Mencuba itu tak salahkan?
keluar dengan stranger yang aku sendiri tak kenali.
Mencuba itu tak salahkan?
kalau dia faham tak apa. cuma untuk berkawan sahaja.
Mencuba itu tak salahkan?
berkenalan di laman sosial lalu keluar berkenalan dan terus menerus bersua.
Mencuba itu tak salahkan?
berjanji untuk setia dan tidak mengulanginya lagi.
Mencuba itu tak salahkan?
aku cuba dan cuba untuk memberi hati.
Mencuba itu tak salahkan?
beri peluang kepada siapa dia.

p/s: keluar date lagi? peluang dan harapan.

Thursday, 18 October 2012

hadir sesuatu yang tak dijangka

hep2!!! hooree!!! ceritanya macam ni la gak.. thesis ni sebenarnya ada hubung kait dengan permasalahan remaja sekarang dan termasuk la aku sendiri.. sedar tak sedar la kan.. thesis yang bakal aku buat ni mampu memberi dorongan serta kajian yang baik untuk masa hadapi.

Apa yang dapat dilihat sekarang potensi seseorang pelajar berjaya adalah kerana dua faktor iaitu lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran. Oh ye!!! Lokus Kawalan ni penting gak kan supaya kita boleh tahu akan kemampuan dan dorongan yang boleh buat seseorang mampu menjadi seorang yang boleh berdaya mampu memanjatkan diri.

Okay2~!!! Hadir sesuatu yang tak dijangka tu ialah thesis punya tajuk la.. Actually tak adalah nak buat sangat tajuk tu tapi Alhamdulillah Allah permudahkan lagi perjalanan hidup aku. Aminn,, Lecturer yang tolong bagi tajuk, (bertuah rasanya) Mungkin salah satu faktor lecturer bagui sebab tahpa kemampuan aku yang tak seberapa ini la kan..

Harap2 sangat la dapat puaskan hati lecturer aku, dan aku harap dia mampu tersenyum melihat kajian aku ni.

p/s:: Tuhan Sayang!

Thesis oh thesis

bermulanya sesi membuat thesis. tapi tak gerak2 lagi, bab kata lecturer tidur pun thesis, makan thesis, mandi pun kena ingat thesis and all everything kena ingat thsesis..
sekarang still tengah blur tak tau nak buat tajuk apa untuk thesis ni. Walaupun thesis diberikan oleh lecturer tu nampak senang hakikatnya jelung juga mata ni.
Haih! kesabaran dalam diri melanda sudah.
Apa kena buat kena tumpuh juga untuk last sem ni..
macam2 dugaan gak yang menimpa aku.
bak kata seseorang ni 
"hadapi la dengan senyuman"
ye!!!

Pagi2 dah bangun untuk buat revision untuk buat selidik yang mana sesuai untuk dijadikan rujukan. 
Malam2 tak dapat tidur sebab stress dengan thesis paper yang tak gerak2 tuh!
aduyai!!! rasa cam tak ada life je kan.
Hmmmm... (tak nak mengeluh) tapi dah mengeluh pun.. 
harap sangat semuanya berjalan dengan lancar untuk sem ni.
walaupun thesis kena buat, kerja tetap kerja untuk cari nafkah diri.
supaya bila keluar tak da la sengkek sangat kannn..
(eh2 melalut sudah)
untuk thesis kali ni mungkin tajuknya begini 
"Lokus Kawalan dalam kalangan Remaja bagi membentukkan percapaian akademik dan kerjaya"
mungkinlah!!!
 hope sangat dapat buat..
doa2 kan la untuk aku supaya ada masa menelaad lebih banyak teori dan kajian nanti.

p/s:: tak serabut tapi stress.
Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia