Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Saturday, 27 October 2012

Perlu ada kisah cinta baru?

Acah-acah je tajuk ni.. Nampak sangat dah tak idea nak menaipkan... sebenarnya tengah bosan gila malam2 macam ni.. Mana taknya.. Siang tidur, malam lak berjaga.. Dah macam burung hantu aku ni.. Mama selalu bising juga kat aku kan.. Anak dara tidur lambat pastu bangun lambat,... Tapi lambat2 aku pun tak ada la sampai kul 12 tengahhari kan...

Senang cerita la kan.. Aku dah lama tak kongsi tentang perasaan aku kat blog ni.. Mana tak nya asyik sibuk dengan aktiviti harian je kan.. Sampai tak ada masa nak endah kan perasaan ni.. Ceritanya begini la... Memandangkan almost setahun aku menjadi seorang perempuan yang single tanpa pasangan ada lah hamba-hamba Allah yang menanya kat aku "Bila lagi nak cari penganti?" Perghh!!!!! Soalan makan dalam gak la.. Bukan apa.. sebenarnya bila dah single ni aku lebih selesa tak ada yang nak control aku apa yang aku nak buat.. And thats why la aku said "NO"!!!

Hal lain juga sebab-sebab family jugak la aku dah tawar hati nak bercinta atau pun berpasangan. Ada juga lah kan hamba Allah ni siap bagi aku nasihat bagai.. Memang la betul , tak dinafikan hidup ini perlu lalui rintangan kan.. macam kita mendaki gunung gak kan.. Tapi apa daya, aku pernah juga bagi peluang dan harapan aku kat orang lain tapi seolah-olah dah tiada keikhlasan dalam diri nak bagi ruang tu semua. Ternyata aku tak perlu ada kisah cinta baru..

Oh ye!!! hati ini dah tak macam dulu dah senang-senang je nak kena ambil.. Gila kan aku ni bapak ego kan.. Mana tak egonya.. Susah gila aku nak percaya lelaki zaman sekarang ni.. Hmmmm.. Tapi tu la bila tengok orang bahagia teringin juga aku.. Tu la apa yang aku tahu,.. BELUM MASANYA LAGI.. buat sang adam yang nak menjemput aku.. tolong sabar.. aku sedang pulihkan hati ini.. BELUM MASANYA UNTUK KISAH CINTA ITU..

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia