Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Tuesday, 23 October 2012

"saya suka awak bertudung"

Segelintir lelaki suka melihat gadis-gadis "hot" yang diketegorikan sebagai perempuan free hair.
Tapi kebanyakkan lelaki lebih cederung untuk memiliki seorang gadis atau wanita yang menutup auratnya. 
Sebagai contohnya bertudung.
Hal demikian, segelitir lelaki beranggapan gadis atau wanita ini lebih pandai menjaga batas pergaulannya.
Tidak dinafikan ada pihak-pihak yang tidak menyokong dengan statement yang diatas ni.
Itu terpulang kepada tanggapan masing-masing untuk melebalkan seseorang itu.

seperti dikatakan seseorang ni
"seperti nangka yang dibalut dengan kertas dan masaknya lebih cantik berbanding yang tidak berbalut."
disini beliau menggunakan metafora untuk melebalkan bahawa gadis atau wanita yang bertudung ini lebih cantik (subjective) berbanding yang tidak bertudung.




terpulanglah kepada anda-anda untuk menperjelaskan dan mendefinisikan sesuatu yang berkaitan tentang bertudung. Apa-apa pun ia adalah saranan dari agama Islam sendiri untuk menutup auratnya. Dalam setandan pisang tak akan busuk semuanya. Tetapi sebagai seorang mukmin harus saling mengingati antara sesama kita.

Buat yang bertudung. Tahniah!!!! Anda telah menjalani satu tanggungjawab sebagai mukmin dan belajarlah dan sentiasalah memperbaiki diri lebih dari segi sikap, tutur bicara dan perilaku. Semoga hijab yang kita pakai tidaklah dilabelkan sebagai wanita yang hanya cantik bertudung sahaja dan memberi tanggapan negative daripada orang lain pada kita nanti.

Walau apa pun jua, jadilah diri sendiri dan berubahlah kerana diri sendiri bukan kerana orang lain, dengan cara itu diri kita akan lebih ikhlas dalam mendalami perubahan diri sendiri. Molek dikata oleh orang lain. 

p/s:: kaum adam akan kata pada kita " saya suka awak bertudung" cantik dipandang ayu dilihat.

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia