Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Sunday, 30 December 2012

En. M

Dah seminggu aku diam diri dari dia. Alasan aku sibuk, tak ada kredit dan penat. Aku tak tahu. Aku cuba juga bagi peluang kat En. M tapi seolah-olah hanya sekadar peluang kosong.

En. M tak henti-henti menghantar pesanan ringkas sms dan bertubi-tubi menelefon supaya dia diberi peluang.

Bukan aku tak nak En. M tapi aku penat la dilukakan. Aku tahu kau bersungguh-sungguh tapi malang kau terburu-buru untuk mendapatkan cinta aku.

Aku nak kau berusaha bukan sekadar permainan cinta semata-mata. Aku nak kau tahu juga aku bukan seperti wanita biasa yang dahaga cinta dan laparkan kasih seorang lelaki.

En. M, aku bisa bagi kau peluang dan kesempatan tapi aku nak kau mengerti biarkan cinta dalam diri aku ini bercambah sendiri dan bukan kerana keterpaksaan. Sabar itu perlu En. M.

P/s: jangan bicara cinta jika kau hanya terburu-buru.

Sang mantan

Cukup melihat kau dari jauh. Kau tersenyum. Kau perlu tahu yang aku sedang dan masih belajar hidup tanpa kau. Dan kau sedang belajar menyintai dan setia bersamanya. Kau bahagia cukup untuk aku. Wahai sang mantan jaganya setia padanya.

Jika jauh kau pergi dan makin jauh la aku pergi. Aku tahu kau dan dia sedang mencari cinta dan menuju ke alam bahagia. Dan aku tak kan runtuh jiwa aku kerana kau. Walaupun seribu tahun pun perasaan dan kasih aku ini tak akan padan dan lenyap. 

P/s: kau tetap sang mantan.

Saturday, 22 December 2012

Luka

Jam 330pagi. Mata ini melihat skrin handphone menanti panggilan balasan. Ye! Dia memang call balik.

Aku angkat dengan hati yang rasa perlukan suara yang tenang. Luka. Hanya mendengar suara beliau yang memanggil aku 'sayang'.

Luka! Aku terluka! Dalam pemikiran kenapa dia panggil aku dengan perkataan itu. Adakah aku perlu bermimpi dan meletakkan harapan lagi?

Luka ini sakit sangat. Menitis air mata tangisan yang dilukai. Wahai sang kejora aku sayang kau. Tapi... apakah makna panggilan itu hanya sekadar melukakan lagi?

P/s:: luka ini terlalu parah sehingga susah untuk diubati. Ditusuk dan ditikam dengan dalamnya. Luka.

Bodoh

Waktu hampir jam 3pagi seperti biasa mata tidak mahu pejam walaupun sudah ngantuk dan minta untuk beradu.

Aku mengerti tapi hati tak nak memahami. Bodoh nya aku. Call 3 4 kali semata nak dengar suara dia. Hampa. Hanya kata 'kalau call tak nak cakap buat apa call' ye itu kebodohan aku.

Aku tak mampu menahan rasa ini cuba untuk pergi, makin aku pergi makin aku perlukannya. Bodohnya aku.  Sebab aku tahu dia dah tak.perlukan aku.

Kenapa la aku masih mencari dia? Sedangakn dia hanya pergi meninggalkan aku dengan alasan yang punah.

Bodohnya aku... Aku rindu dia tapi semua tu dah tak penting buat dia. Malam yang dingin. Dihimpit dengan hati yang perit.

P/s:: jangan jadi bodoh. -naif-

Friday, 21 December 2012

Deja Vu

Tak pernah sangka apa yang aku harap itu menjadi kenyataan. Deja Vu ternyata segalanya berubah.

Semenjak aku kehilangan kau aku belajar jadi manusia yang berdikari miskipun aku lemah tak bermaya.

Duhai sang kejora yang dulu kau pernah menyinari ternyata aku menjadi kehidupan yang kosong tanpa cerita.

Namun kehilangan kau, aku cuba mengenali sang adam yang berbeda walaupun hanya sekadar mengisi kehidupan yang hampir lopong.

Maaf andai aku gagal mengenali erti perjuangan kehidupan aku dan kau sebab kau sendiri gagal untuk berjuang dalam hubungan.

Wahai sang kejora, aku nak bagitahu aku tidak tegar meletakkan hati ini ketepi dan lupakan pun. Sebab aku akan tetap titipkan cinta kita buat selamanya. 

P/s:kesunyiaan dan impian bersamamu punah. -deja vu-

Thursday, 20 December 2012

Alhamdulillah

Bersyukur sangat hari ini sebab selesai satu tugasan. Semua berjalan dengan lancar. Terima kasih En. M buat malam2 saya tak sunyi. InsyaAllah jika ada pertemuaan itu kita bersyukur padaNya. 

P/s: kadang2 keindahan itu ada tapi tak nyata.

Tuesday, 18 December 2012

Encik Thesis

Hampir 3bulan aku bersama dengan En. Thesis. Baru siap bab 1 hingga bab 3. Bab 4 in progress lagi. Mana tak nya baru diterima oleh Mr. Pensyarah. Alhamulillah. Sekarang aku dah start rangka bab 4.
Lagi 2minggu aku perlu siap kan semua bab. InsyaAllah boleh siap. Thesis ni sangat2 seronok sebab buat pasal manusia.
Thesis yang aku buat ni aku rasa paling tenang sepanjang aku belajar. Mana tak relax gila sem ni. Aku harap thesis aku ni dapat A sebab aku nak kekal kan aku punya CGPA aku yang dah dapat second degree. Nak dapat first degree macam dah terlambat.
Apa2 Alhamdulillah aku bersyukur. Sebab aku lakukan dengan sendiri tanpa menggunakan sepenuhnya bantuan orang lain. Alhamdulillah syukur sangat!!! Tapi tu sokongan pihak2 lain juga aku hargai. 
P/s :: hidup ini bukan mudah tapi dengan usaha segalanya boleh selesai. Doa dan tawakal!

Saturday, 15 December 2012

Selamat ulang tahun kelahiran Lydia!!!


No wish! No present! No celebration! Its ok.... Alhamdulillah kerana diberi nafas dan kesempatan didunia untuk berdiri serta tersenyum dengan manusia disekeliling.
Tak penting sebab umur makin meningkatan jadi amalan harus dipertingkatkan. Aku bahagia walaupun masih belajar untuk bahagia tanpa dia. Aku cuba jadi manusia yang sudi menerima kesakitan.
Tak apa! Allah kan ada kenapa nak sedih kan? Tak sambut tak bermakna orang tak ingat mungkin ada baiknya berdiam. 
Lydia Amira!!!! Selamat ulang tahun ke-23 sayang semoga diri aku akan bahagia sampai bila2. Amin.

Aku si kaunselor yang sedang bertatih

Alhamdulillah. Sekarang aku dah nak habis belajar untuk pembelajaran  aku jurusan kaunseling. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupun aku mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran namun gagah dan tabah untuk meneruskan perjalanan hidup aku. Amin amin ya rabalamin. Aku bersyukur sangat kerana masih adaNya yang sentiasa mendengar luahan hambaNya. Amin.


Aku si kaunselor yang sedang bertatih,  sedang belajar kehidupan dan sedang meneliti kehidupan. Tak salah untuk aku belajar menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan redha atas ketentuanNya.
Walaupun nasihat dan kata-kata aku terhadap mereka dicerca, dicaci serta dihina aku tetap terus menjalankan tugasan, tanggungjawab dan amanah dariNya untuk menyampaikan syariat yang benar walaupun aku hanya insan manusia.
Aku si kaunselor yang sedang bertatih. Tak apa. Sekarang orang cakap dan kata,  dan aku terima. 
P/s :: manusia diberi kesempatan dan ada dua jawapan. Dan jawapan itu menilaikn diri personality dan identiti seseorang. Dan aku si kaunselor yang sedang bertatih!

Cerita tentang aku dan burger

Suatu ketika dulu aku bekerja disebuah restoran fastfood di klcc iaitu burgerking. Pertama kali aku jejak disitu ketika berusia 17tahun dan masa tu baru habis SPM. Mana tak nya kena la kerja nak cari pengalaman. Ye! Aku akui memang seronok bekerja dsitu. Tak lama kemudian aku sambung belajar di sebuah sekolah menengah untuk mengambil tingkatan 6. Pada mulanya,  aku tak bercadang pun nak sambung disitu tapi disebabkan aku ini anak.perempuam seorang tak biasa hidup diluar aku pun sambung belajar tingkatan 6. Dan aku berhenti kerja selepas setahun sebab nak bagi komitmen. Tapi kerka lain masa tu dekat dengan rumah.
2tahun kemudian, habis STPM aku smbung belajar di IPT. Alhamdulillah rezeki aku untuk sambung. Selepas setengah tahun belajar rasa boring pula aku pun buat la kerja part time kat BurgerKing KLCC.
Inilah bermulanya perjalanan cerita cinta aku dan dia. Berkenalan dan berkawan. Agak lama juga aku kawan dengan hampir setahun lalu mula la terputik cinta aku dan dia. Tapi.... Terlalu banyak halangan yang berlaku antara aku dan dia.
Berbalik cerita aku dan beger memang tak boleh dipisahkan. Lepas setahun aku kerja aku berhenti atas desakan dia dan aku buka perniagaan burger dengan pengkongsiaan keluarga. Alhamdulillah sudah 3tahun kedai burger beroperasi. Terlalu banyak kenangan.
Dan kini aku dan burger dah sebati.
P/s : disitu letaknya hati.

Berhenti berharap

Baik2 lagu sheila on7 tu. Aku berhenti mengharap dengan si dia. Aku cuba menahan segala duka dan pedih ini. Sayang dan cinta aku untuk bersama dia telah berhenti selama 1tahun dan kini aku berhenti mengharap dia untuk saat ini.
Buat dia. Aku tahu sedang berbahagia tanpa aku tapi nafas aku masih disini dengan kenangan kau. Aku akan berhenti mengharap sayang dan cinta kau. Semoga kau bersama tunang kau. Aku mohon kau menjadi manusia yang setia.
P/s : angin sampaikan rindu akhirku buatnya.

Friday, 7 December 2012

Mereka

Aku dah bosan dengan rencana durjana. Aku dah bosan dengan mereka yang hanya sekadar menumpang cinta durjana. Aku benci dengan mereka. Please, stop la wahai mereka yang durjana yang hanya menipu dan mereka fitnah cerita.

P/s:: aku bukan itu.

Paksa

Tolong beri masa. Sebab aku masih tidak mampu terima.

P/s : sekian

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia