Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Sunday, 30 December 2012

En. M

Dah seminggu aku diam diri dari dia. Alasan aku sibuk, tak ada kredit dan penat. Aku tak tahu. Aku cuba juga bagi peluang kat En. M tapi seolah-olah hanya sekadar peluang kosong.

En. M tak henti-henti menghantar pesanan ringkas sms dan bertubi-tubi menelefon supaya dia diberi peluang.

Bukan aku tak nak En. M tapi aku penat la dilukakan. Aku tahu kau bersungguh-sungguh tapi malang kau terburu-buru untuk mendapatkan cinta aku.

Aku nak kau berusaha bukan sekadar permainan cinta semata-mata. Aku nak kau tahu juga aku bukan seperti wanita biasa yang dahaga cinta dan laparkan kasih seorang lelaki.

En. M, aku bisa bagi kau peluang dan kesempatan tapi aku nak kau mengerti biarkan cinta dalam diri aku ini bercambah sendiri dan bukan kerana keterpaksaan. Sabar itu perlu En. M.

P/s: jangan bicara cinta jika kau hanya terburu-buru.

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia