Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Tuesday, 24 December 2013

Misi Banjir Team 2

21 Disember 2013 & 22 Disember 2013
 
Kesampaian hajat juga akhirnya untuk ke Misi walaupun hanya domestic bukan ke international tu pun dah memadai. Bukan apa teringin juga nak merantau jauh tapi tak apa la. Rezeki nak ke Misi kat Negara sendiri lagi bagus dapat tolong orang-orang kita. Walaupun misi aku ikut ni hanya 2hari tapi pengalaman dan kenangan juga tercipta. Memang seronok.. dan aku memang enjoy sangat dengan misi ni. Untuk pengetahuan aku ikut team Dr. Mar (My kakak angkat too) lagi la syok!!!

 
Gambar ni di Tasik Chini.. On the way ke Kg. Puput dan Kg. Chenahan iaitu kampong bagi penduduk yang dilanda bencana banjir dan mereka juga merupakan orang asli disana. Bot yang digunakan untuk menghantar bantuan makanan, barang harian dan medic (klinik lapangan).

 
They are one of the sukrelawan yang mengikuti ke misi.. Ustaz Hafiz dan adik-adiknya.
ustaz ni ustaz moden sebabnya dia sama age nak aku. Adik dia ni bagus sangat membantu tak sangka pandai bak2 ubat juga budak ni.

 
Yeay! ni la medic team kami.. walaupun bukan orang perubatan bila dah join misi automatic akan belajar mengenai ubat. Dan si anak-anak kecil itu adalah penduduk orang asli disana.

 
Ni la kakak baru saya Dr. Maryati Maharon. She was iron lady (to me la) memang awesome dia drive kereta lepas tu dia seorang je yang jadi dortor untuk misi kali ni dan menjadi tenaga pengajar buat kitorang yang tak tahu apa2 pasal ubat ni.

 
Ni kami.. hahaha aku seorang je yang pakai life jacket sebab itu je yang ada.. Nampak tak aku sayang nyawa kan.. ahaha. Btw, kakak yang hujung kiri tu namanya kak fathy omak ai.. mata dia warna biru ala-ala avatar k.. yang dua orang lagi tu adik-adik aku (adik angkat) yang sangat mendengar kata aku.. hahaha.. rapat dah sangat. Kaca mata hitam tu pun aku punya tapi yang dia pakai.

 
ni la kesemua team kami yang mengikuti misi banjir kedua ni.
 
 
Walaupun Misi 1 aku aturkan tapi tak dapat join kerana sebab2 tertentu apa2 pun antara aku dan group misi 1 pun rapat.. Alhamdulillah. Allah beri aku peluang untuk berbakti dan mencari pengalaman baru.
 
 
p/s: Ada hadiah yang aku tak akan tahu dihadapan. InshaAllah.

Thursday, 19 December 2013

Reunion Team banjir misi 1

Walaupun tak join team 1 tapi okay je.. hubungan keakraban itu ada..
 
 
mereka panggil aku ratu kupang.. Habis semua kupang tu aku makan..

 
kesayangan hamba.
 
p/s: tercipta cerita kerana ketentuanNya.

Sunday, 15 December 2013

15 Disember 2013

 
Alhamdulillah. Aku masih diberi kesempatan merasai nikmatNya lagi..
 


 

p/s: terima kasih semua,, buat my mum , kak gee and kak faz buat surprise birthday kat sekolah.

Friday, 6 December 2013

Jom Buat Amal




"Sebaik-baik manusia adalah bermanfaat pada manusia lain" HR Thabrani

p/s: Segala info boleh hubungi terus ke nombor yang tertera...



Tuesday, 3 December 2013

kakak

Aku sekarang dah ada seorang kakak.. kpopers gitu u all.. actually kenal dah lama sekarang baru rasa rapatnya.. Dulu jumpa biasa2 je.. Sebab ingat kan dia sombong rupanya tak la.. Dia anak angkat my papa juga a.k.a jurulatih mycorps.. Nama dia kak faz.. kenal dia memang best, She so matang tau.. and aku suka some attitude dia.. So leh la jadikan satu ikutan sikit..

Oye..btw, she pun dah g mission at filipina... Saja je tau bila sampai kat LCCT nak jeles2 kan aku..

Yela aku tak ada rezeki lagi nak ke sana.. InshaAllah ada rezeki pergi mission lain pula.. im so glad because knows her.. kakak I LOVE YOU. 


p/s: she of the one yang menyuntik kpop kat aku,, kakak goodluck disana,, seminggu tak jumpa dia.

Tuesday, 26 November 2013

Kenangan Program!

Alhamdulillah bertarikh 23hb November yang lalu perjalanan program lancar dan baik sekali. Memang betul cakap kalau kita yakin dengan Allah, Allah pasti akan menyenangkan kerja yang kita ingin buat kan janji niat adalah betul. Syukur sangat sebab tak hujan. Mana tak nya bawa budak-budak pergi sungai, confirm la nak mandi kan. kalau tak sia-sia je kan..

Persiapan projek ni mengambil masa lebih kurang sebulan juga la. Dan aku tidur tak cukup , makan tak tentu sebab nak sangat program ni berjalan dengan lancar. Apa-apa pun aku happy sangat sebab ramai yang membantu aku dalam menjayakan program pertama yang diarahkan oleh aku sendiri. Apa-apa pun berbaloi dengan segala yang aku korbankan. Yang paling penting anak-anak Rohingya gembira dan aku tentu sangat gembira dapat buat mereka gembira.



 p/s: ada kemanisan yang aku tak akan lupa kan disini. sebab ada kamu!

Saturday, 16 November 2013

GRADUTED!!!

Allahamdulillah.. syukur pada Allah atas kesempatan ini.. aku dah graduate.. Walaupun banyak halangan dan dugaan yang menghadapi aku semasa belajar.. Pelbagai masalah yang menimpa akhirnya dengan izinNya aku berjaya hingga mencapai cita-cita ku untuk menara gading...

Apa lagi yang perlu aku katakan kecuali dengan ucapan "ALHAMDULILLAH" yang tidak henti dari bibir aku.. Jika ada kesempatan dan rezeki aku nak sambung lagi.. Tapi tengok la keadaan dan situasi.. Apa-apa pun aku bersyukur dalam pergolakkan dan persengketaan yang berlaku ada yang mendorong aku berjaya. Berkat usaha dan sokongan serta tawakal pada Nya yang tidak henti aku berjaya.. Terima kasih Allah.. Terima kasih Papa... Terima kasih Mama.. Terima kasih abg JJ.. Terima kasih adik.. Terima kasih Sahabat.. dan Terima kasih SEMUA...


p/s: Walaupun dulu pernah ada,.. tapi gagal ditengah jalan.. tapi aku tahu kemanisannya disini.

Monday, 2 September 2013

Sayang oppa! Terima kasih awak!

Hari tu mungkin bukan hari kita. Tapi jika ada aku mendapatnya aku bersyukur kerana kau ada. Terima kasih atas kata-kata indah dan mempersona.

Inilah kata-kata oppa bagi pada ku. InshaAllah cantik itu hanya milik bakal ajnabi ku.

Cantik, Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif

Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.

Kita di bekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.  Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza, namun Allah menjanjikan kita semua akan memiliki pasangan dan tidak seorang pun dikecualikan.

Jadi apakah yang membuatkan ini terjadi?

Hal ini adalah kerana mata seseorang tidak di berikan hanya satu tarikan yang sama.  Semua manusia punya keinginan dan minat yang berbeza.

Jadi janganlah mudah mengejek dan mencaci seseorang hanya kerana paras rupa yang dimilikinya kerana ada dikalangan manusia di luar sana yang akan mengagumi wajahnya.  Allah akan mencantikkannya pada mata terpilih.

Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa.  Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.  Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza!

Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.  Tetapi tetap jua kita berbeza.

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.  Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.  Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan.

Tetapi mereka yang memuja  meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.  Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.  Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.

Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama.   Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri.

Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur katanya lembut akan meruntun jiwa si suami,  ketaatannya akan menjadikan suami menghargainya.

Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga.

Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.  Subhanallah!

Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.  Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan reda.  Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya.

Monday, 19 August 2013

Oppa aku CEO.

Oppa aku ni ceo besar. Bukan cinta tapi sayang. Bukan buah hati tapi sahabat yang selalu dihati. Sentiasa kekal tapi tak selalu ada. Sentiasa jauh tapi kat sebelah. Hak milik zauj lain. Hak milik Allah :)
And not less oppa aku ni CEO dalam hati aku.

Coretan kisah hidup

Poyonya la tajuk kat atas kan. Padahal sangat ni. Hari ni macam tak ada kerja je. Padahal belambak. Start new chapter la kononkan. Sebabnya dah lepas raya ni banyak event yang menanti. Bukan apa saja nak sibukkan diri kalau tak, tak ada kerja la jawap nya kan.. Oh! Sebenarnya dah la tak merapu kat blog ni.. Blog ni dah penuh sarang labah-labah.. Dah bertakung dengan air yang lupa nak mop.. Penuh berhambuk kat tepi2 layout ni.. Hahahaha..

Bukan apa kalau dulu nak hilang stress je mesti blog la tempat luahan tapi sekarang dah malas dah sebabnya dah tak ada menda dah nak update. Ada cerita menarik tapi semuanya kongsi kan instagram.. Dulu twitter pastu blog sekarang instagram. Lepas ni apa pun tak tahu la.

Media elektronik ni dah macam-macam kalau ikutkan semua nak ada account acah-acah nak jadi retis. Poyo kan.. Hahaha.. Ok ni rasanya dah melampau merapu sebabnya tak ada kerja nak buat. Dalam kelas pun leh update blog kan. Ok lah. Nanti update lagi la. Dedaaaaa... Chow chin chow... Akhir sekali terima lah gambar muka beta yang hot ni. :p

Tuesday, 6 August 2013

Salam Aidilfitri

Ramadhan pergi. Hadirnya Aidilfitri. Maaf dari hati ke hati. Tinggalkan duka sambutkan keceriaan hingga ke hati.

Saturday, 27 July 2013

Lagu Alhamdulillah. Ia bukan sekadar lagu biasa tapi penuh makna.

Alhamdulillah - Yassin ft Too Phat

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan pertama 2013

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana aku diberi peluang untuk merasai lagi Ramadhan tahun ini. Syukur2. Alhamdulillah. Tiada seindah ucapan, tiada sedalam kekhilafan. Salam Ramadhan Al-mubarak.

Tuesday, 21 May 2013

Cantik. Bukan payah untuk dijaga. Jagalah ia bukan kerana ajnabi.

Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?

Tidak walaupun sesekali.

Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.

Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."

Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.

Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.

Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.

Sunday, 19 May 2013

Inginku menjadi Mujahidah. InsyaAllah.

Dan kata as-Syekh Waliyyur-Rahman Sayyidi as-Syekh Muhammad as-Samman rahimahullahu taala di dalam kitabnya yang bernama an-Nafahatul-Ilahiyyah fi Suluki al-Tariqatil Muhammadiyyah:

"Ketahuilah olehmu hai segala murid yang diberi taufik yang berkehendak kepada kemenangan di dalam dunia dan akhirat, bahawasanya kaum ahli sufi muwafakat sekalian mereka itu atas bahawsanya mujahadah yakni memerangi akan nafsu ammarah itu dan melawani akan nafsu itu tak dapat tiada daripadanya di dalam menjalani akan jalan orang yang muqarrabin yang akhyar(terpilih), yang adalah kejahatan mereka itu kebajikan pada orang yang abrar, padahal mengambil dalil mereka itu akan yang demikian itu dengan kitab yakni Al Quran dan sunnah yakni hadis Nabi SAW"

Dan setengah daripadanya firman Allah taala :

"Dan mereka yang memerangi dan melawani akan nafsunya di dalam menjalani akan jalan yang menyampaikan kepadaKu, nescaya Aku tunjukkan akan mereka itu akan jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat akan daku"
Surah Al Ankabut 69

Dan lagi firman Allah taala :

"Barangsiapa memerangi akan nafsunya maka sesungguhnya memerangi ia bagi dirinya".
Surah Al Ankabut 6

Dan lagi firman Allah taala :

"Dan perangi oleh kamu akan nafsu kamu itu di dalam menjalani jalan yang menyampaikan kepada ma'rifat Allah taala dengan sebenar-benar perang sabilillah".

Dan lagi firman Allah taala :

"Melebihkan Allah taala akan orang yang perang sabilillah dengan nafsunya atas orang yang duduk berbuat ibadat akan beberapa pahala yang amat besar".
Surah An Nisa 95

Dan lagi sabda Nabi SAW :

"Kembali kami daripada perang sabilillah yang kecil iaitu perang sabilillah dengan kafir kepada perang sabilillah yang besar. Maka sembah sahabat: Ya Rasulallah! Apa perang sabil yang besar itu? Maka sabdanya: Iaitu perang sabil di dalam nafsu".

Saturday, 18 May 2013

Ku titipkan doa ini. Ya Rabbi.

Sudah terlalu banyak dosa yang aku lakukan
Tuhan ampuni aku
Berlinang airmata bila ku sebut namaMu
Tuhan bergetar hatiku
Ku telah
Lama lupakanMu
Gelap hati, gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas di surga
Namun ku takut pada neraka
Aku hanya manusia
Penuh dosa
Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhaMu
Beri aku kesempatan
‘Tuk menjadi yang lebih baik
Andaikan saja waktu dapat ku putar kembali
Aku ingin di dekatMu
Betapa pedih seksa yang telah Engkau janjikan
Tuhan maafkanlah aku

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhaMu
Berikan kasihMu
Berikan cintaMu

Tuntunlah dan bimbinglah
Di jalan ridhaMu
Berikan kasihMu
Berikan cintaMu

Monday, 13 May 2013

Ku pohon padaMu Ya Ilahi

Seandainya Engkau tak sayang padaku
Tak ku kenal siapa diriku
Seandainya Engkau tak kasih padaku
Tak ku tahu arah hidup ku

Terombang-ambing umbi di lautan
Yang dalam tiada berkepungan
Tenggelam hanyut di kegelapan
Tersesat arah tujuan

Kini ku mencari cahaya Mu kasih
Menerangi jalan hidupku
Maafkanlah aku yang selama ini
Tak bersyukur pada diri Mu

Baru ku sedar dan menginsafi
Kesilapan ku ya Ilahi
Sesungguhnya hidup tiada erti
Bila engkau tak dikasihi

Aku bersujud hanya untuk merindui Mu
Aku berdoa hanya untuk menyintai Mu
Aku berharap diberikan hidayah Mu
Aku bermohon ampunkanlah hamba Mu

Oh Tuhanku tunjukkanlah
Jalan lurus yang Kau redhai

Baru ku sedar dan menginsafi
Kesilapan ku ya Ilahi
Sesungguhnya hidup tiada erti
Bila engkau tak dikasihi

Aku bersujud hanya untuk merindui Mu
Aku berdoa hanya untuk menyintai Mu
Aku berharap diberikan hidayah Mu
Aku bermohon ampunkanlah hamba Mu

Oh Tuhanku tunjukkanlah
Jalan lurus yang Kau redhai

Maafkanlah aku ampuni dosaku
Kekasihku Ya Ilahi

Friday, 19 April 2013

Terima kasih

Alhamdulillah dah masa hari ke-6 kehadiran seseorang dalam hidup aku. Syukur pada Allah. Muhammad Hadif Rauf nama diberi..
P/s: ya Allah. Jaga dia untuk ku. Aamiin.

Tuesday, 26 March 2013

Cinta itu

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

P/s : itu cinta. Cinta itu..

Sunday, 24 March 2013

Gagal

Setiap malam aku cuba pejamkan mata tanpa rasa derita mahupun kepedihan yang pernah aku alami. Aku tak sabar nak tunggu hari esok, aku berharap aku akan berjaya mengharungi hidup tanpa siapa dia dibelakang.

Mungkin betul apa yang orang kata 'cinta tak boleh dipaksa'. Ye!!! Aku sedangkan bebaskan diri seperti mana dia bebaskan aku dulu. Aku pejam aku renung aku harap sangat yang masa lalu tu boleh dipadamkan.

Aku gagal! Aku tewas! Bukan ini yang ini yang aku nak. Aku cuma nak rasa apa yang pernah aku rasa sebelum ni. Rasa mencintai dan dicintai. Aku nak sangat berpeluang mencintai orang lain.

Tapi sayang sekali.. Aku masih gagal dan tak mampu nak lepaskan benak dalam hati aku. Sedar tak sedar aku sedang memainkan perasaan orang dan sedang menutup hati tanpa beri penjelasan pada orang lain.

Maafkan aku. Aku gagal bagi hati ini untuk orang lain. Aku sedar yang dulu cukup menghancurkan kehidupan. Tapi aku tetap gagal untuk menafikan yang dia dah hancurkan kehidupan aku.

Hari-hari aku doa agar aku mampu hidup tanpa rasa ini untuk dia. Ye! Betul! Dia pasti bangga kerana dia mampu buat aku terlalu cintakan dia. Ya Tuhanku, beri kan aku kesempatan untuk lupakan semua ni.

Gagal!

p/s: toleh akhirnya terpandang jua. Gagal! Cinta ini masih milik dia. Tuhan hapuskan rasa ini untuk dia.

Friday, 22 March 2013

Tangisan

Ya Allah ketika ni aku memerlukan seseorang yang boleh mendengar segala luahan hati aku, tetapi apa yang aku mampu adalah menjerit didalam hati. Ya Allah, aku meluahkan segala isi hati aku ketika ini. Aku pendam rasa sakit ini, walaupun kadang-kadang aku sendiri tak mampu menahannya. Sekian lama aku tak tangisi kesakitan yang terpengkuk dalam benak hati aku. Akhirnya, aku tewas dengan air mata jihad ku ya Allah. Ya Allah terima kasih kerana beri aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku-liku hidup aku ini.

P/s: terima kasih atas anugerah ini.

Sunday, 3 February 2013

Done Deg!!!

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. syukur padaMu kerana permudahkan perjalananku ini.. selesai sudah my degree, sekarang dah start kerja.. Pada mulanya memang susah tapi tu la betul kata perpatah "bersusah-susah sekarang , bersenang-senang kemudian". Aku akui , aku tak ramai kawan, tak punya kekasih, tetapi aku masih ada Dia yang sangat mendorong aku untuk terus berjaya aku percaya kerana kesakitan dan kepayahan ini mengajar aku untuk hidup dan mengajar aku untuk lebih menghargai diri sendir, Walau macam mana pun kita kena mencuba mengatasi segalanya!!!

p/s: syukur!

E-day sista!

Congrats adik!!!
tak sangkakan.. adik mendahului kakaknya..
kakak happy sangat berada di majlis adik dan
bersama untuk menyediakan persiapan..
Adik nak tahu bila kakak dapat call je dari adik..
kakak terus meloncat kegembiraan..
Alhamdulillah adik dah ke alam pertunangan..
InsyaAllah adik akan berkahwin pula..
Jaga diri dan jaga hubungan sebaiknya.
kakak always pray for u..


Adik sangat cantik hari E-day adik..
kakak sayang adik sangat2..


Thursday, 17 January 2013

Redha dan pasrah

Percintaan yang sekian lama telah pun musnah segalanya, tak dapat ku gambarkan dia, dirimu tiada telah jauh meninggakan diriku.

Kerinduan kian membara keperitan turut dirasa. Mengapa harus begini? Keikhlasan ku tidak dihargai oleh dirimu, segala kasih kan ku simpannya terkunci dalam hatiku selamanya.. Pergi lah pergi.. Jangan lah kembali...

Diriku terima semua realiti. Usah menoleh pada diriku yang kan biasakan,hidup ini tanpa dirimu.

Tak ku inginkan apa yang berlaku ini, menanti diri yang pernah kau cinta kau tak mengerti diri ini menyayangi. Ku rasa kau tak pernah melihatnya.

P/s: Diriku terima semua realiti.

Tuesday, 1 January 2013

Aku lah sang mantan

Dulu aku, kau puja...
Dulu aku, kau sayang...
Dulu aku, sang juara...
Yang selalu kau cinta...
Kini roda telah berputar...

Kini aku, kau tinggal...
Kini aku, kau buang...
Jauh dari hidupmu...
Kini aku sengsara...
Kini roda telah berputar...

Mana janji manismu...
Mencintaiku sampai mati...
Kini engkau pun pergi...
Saat aku tempuh sendiri..
Aku lah sang mantan..
Aku lah sang mantan...

Sakit perit jerit sepi..
Ketika cinta telah pergi 
Aku lah sang mantan..
Aku lah sang mantan...

Mana janji manismu...
Setia sampai aku mati...
Kini engkau pun pergi...
Saat aku jatuh dan sendiri...
Mana janji manismu...
Menyintaiku sampai mati...
Kini engkau pun pergi...
Saat aku tempuh sendiri....

Mana janji-janji mu...

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia