Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Tuesday, 26 March 2013

Cinta itu

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

P/s : itu cinta. Cinta itu..

Sunday, 24 March 2013

Gagal

Setiap malam aku cuba pejamkan mata tanpa rasa derita mahupun kepedihan yang pernah aku alami. Aku tak sabar nak tunggu hari esok, aku berharap aku akan berjaya mengharungi hidup tanpa siapa dia dibelakang.

Mungkin betul apa yang orang kata 'cinta tak boleh dipaksa'. Ye!!! Aku sedangkan bebaskan diri seperti mana dia bebaskan aku dulu. Aku pejam aku renung aku harap sangat yang masa lalu tu boleh dipadamkan.

Aku gagal! Aku tewas! Bukan ini yang ini yang aku nak. Aku cuma nak rasa apa yang pernah aku rasa sebelum ni. Rasa mencintai dan dicintai. Aku nak sangat berpeluang mencintai orang lain.

Tapi sayang sekali.. Aku masih gagal dan tak mampu nak lepaskan benak dalam hati aku. Sedar tak sedar aku sedang memainkan perasaan orang dan sedang menutup hati tanpa beri penjelasan pada orang lain.

Maafkan aku. Aku gagal bagi hati ini untuk orang lain. Aku sedar yang dulu cukup menghancurkan kehidupan. Tapi aku tetap gagal untuk menafikan yang dia dah hancurkan kehidupan aku.

Hari-hari aku doa agar aku mampu hidup tanpa rasa ini untuk dia. Ye! Betul! Dia pasti bangga kerana dia mampu buat aku terlalu cintakan dia. Ya Tuhanku, beri kan aku kesempatan untuk lupakan semua ni.

Gagal!

p/s: toleh akhirnya terpandang jua. Gagal! Cinta ini masih milik dia. Tuhan hapuskan rasa ini untuk dia.

Friday, 22 March 2013

Tangisan

Ya Allah ketika ni aku memerlukan seseorang yang boleh mendengar segala luahan hati aku, tetapi apa yang aku mampu adalah menjerit didalam hati. Ya Allah, aku meluahkan segala isi hati aku ketika ini. Aku pendam rasa sakit ini, walaupun kadang-kadang aku sendiri tak mampu menahannya. Sekian lama aku tak tangisi kesakitan yang terpengkuk dalam benak hati aku. Akhirnya, aku tewas dengan air mata jihad ku ya Allah. Ya Allah terima kasih kerana beri aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi liku-liku hidup aku ini.

P/s: terima kasih atas anugerah ini.

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia