Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Monday, 8 December 2014

Kami

Berempat 
Dua sudah berlalu
Dua masih menanti
Jaga diri

Lagi sorang tiada 
Dalam gambar
Sebab dia dah bersuami


angkat

Cinta tak akan hilang
melainkan nafas ini dicabut
langkah pergi 
satu cerita yang berbeza
tapi cara mungkin sama
sampai satu tahap 
dia akan sayang seperti dulu


p/s: dia tak akan ubah cara dia

Monday, 10 November 2014

Aiskrim potong


bila kau teringat
baru kau ambil
bila kau teruja
baru kau cari
selama mana kau nak
selama itu dia nanti
tapi satu je 
dia tetap cinta


Wednesday, 29 October 2014

Aku bukan pemaaf

Kau buat itu ini
Kau sangka aku apa
Kau ingat aku suka apa yang kau buat
Kau ingat apa kau buat tu betul
Apa yang berlaku kau minta maaf
Kau ingat minta maaf tu mudah
Kau ingat apa kau buat tu semuanya boleh dimaafkan
Jangan sangka tiada hati dan perasaan
Aku boleh tolak kau pergi
Jauh dari hati jauh dari jiwa
Apatah lagi minda aku
Kau jangan sangka aku akan ikhlas
Kau jangan sangka aku tak pertahankan
Aku bukan pemaaf
Seperti yang kau tahu

Tuesday, 28 October 2014

jangan pandang dia

Aku tak pernah nak mengharapkan kau akan faham aku beribu cara
Aku tak pernah minta yang kau akan memberi sepenuh hati
Aku tak pernah menduga apa yang terjadi antara kita
dan aku tak sangka perkara yang remeh ini jadi palang.

Sejujurnya andai ada masa untuk kita pergi lebih jauh,
aku nak kau tahu yang aku tak pernah menganggap antara kita 
akan pergi lebih jauh dari tinggi gunung dan bukit
aku nak kau tahu aku hanya manusia biasa

Sedetik masa yang kau beri itu hanya sekelumit cerita
dan masa yang kau pertaruhkan hanya mainan perasaan
samaada ia akan dimamah bahagia atau dimamah derita
kau fikirlah sejuah mana sebab aku tak nak duga

tindakan dan apa yang berlaku tak pernah aku minta
dan aku tahu ini cuma mainan rasa
aku salah sebab aku beri tanpa aku tunding dan nilai siapa hak dan batil
aku nak kau tahu sebenarnya aku hanya bersahaja 

Jika ditakdirkan aku dengan kau 
adakah peluang itu akan sama rata seperti yang dulu
atau sekadar menoleh duka yang menjelang tiba
aku nak kau bersedia

Kan mudah andai diberimasa, laut dan udara
aku dah tak mahu derita seribu cerita
biarlah aku dan kau jadi dua dunia yang berbeza
yang nyata hanya pada zahir sahaja

aku tak pandang dia
dan kau jangan pandang dia
siapa?
aku dan kau tahu ceritanya

p/s:   nota tiada hujung yang pasti tetap akan berakhir

Monday, 29 September 2014

Make a day

Sometime it can be less
Sometime it can be more
More better is better less then more
Because when the more can turning less.
But the less can turning more.

I love you not because of you
But of you love Allah.

Wednesday, 6 August 2014

Support Gaza

I'm Lydia Amira. I'm Muslim. I'm #supportgaza .

Rindu

Saya tertanya dimana rasa itu?
Saya rindu si pemberi gelang itu.
Saya nak dia tahu saya rindu nak beraya dengan dia.
Saya sedih sebab saya beraya jauh dengan dengan dia.
2tahun apa dia bahagia di hari raya?
Setiap tahun harap dapat beraya dengan dia.
'Dia' anda tahu siapa anda.

Monday, 2 June 2014

Langit senja

Mudah berlari
Mudah mengangkat kaki
Nyata sekali ia indah
Tapi hanya seketika dan sekali

Sangkakan untuk berjuta lama
Ternyata ia hanya dusta belaka
Dipeluk dibelai disayang dikasih
Itu lakonan dunia

Tampak indah
Nampak bahagia
Rupanya mengejar bayangan luka
Langit tak selalu indah

Monday, 19 May 2014

Senyum

Senyum lah dikala kau sakit
Senyum lah dikala kau perit
Senyum lah dikala kau duka
Kerana senyuman itu pengubat segalanya

Dia

Kata dia
Cara dia
Suka dia
Gembira dia
Ketawa dia
Gila-gila dia
Ah! Semua pasal dia
Suka hati dia la..

Sunday, 18 May 2014

Teachers day

Thanks too all my students
Because make surprise for teachers.
I'm so glad being myself.
Alhamdulillah

Azwan Ramli

My best friend ever.
Always make me laugh
Make me feel secure
Make me angry
Make me always wanna lempang
Hahaha
Thanks encik azwan ramli being my friend

Senyum

Bila aku dah belajar untuk senyum
Maknanya aku belajar untuk terima dengan redha
Alhamdulillah
Allah menguji sebab Allah sayang

Wednesday, 14 May 2014

Mungkin

Mungkin kau tak pernah rasa dihina
Mungkin kau tak tahu erti sakit
Mungkin kau pandang mudah
Dan Mungkin kau lihat semuanya biasa

Tapi kenyataannya pasti kau akan rasa
Bila? Masa itu akan tiba.

Mungkin kau rasa kau mulia
Mungkin kau rasa kau hebat
Mungkin kau rasa kau celik
Dan mungkin kau rasa kau boleh buat apa saja.

Tapi kenyataannya itu semua sementara.
Sebab? Ini semua pinjaman dunia. Milik Allah semua.

Cukup-cukup lah
Henti-henti lah
Sudah-sudah lah

Hidup tak lama. Sebab kau rasa bukan kau punya.

Saturday, 5 April 2014

Gugur

Pernah suatu ketika
Diberi harapan dan masa depan
Ia rebah seketika
Menyendiri bila tidak perlu
Diam bila tidak dipandang lagi
Bila ditanya tenang
Itu dulu...
Bila dikata serabut
Itu sekarang..
Mohon pergi
Jika hanya untuk menyakiti
Mohon jauh
Jika hanya untuk melukai
Andai ini jalan terbaik
Gugur saat ini....

Sri Kandi Team

Untuk team baru kami.
Sri kandi
Untuk segala pelawanan
Futsal dan netball
Sukan untuk cergas badan
Cerdas minda

Thursday, 3 April 2014

Sepi

Mungkin ini jalan cerita
Terima sekadar hati buta
Kaku tanpa bicara
Sepi tanpa kata
Bangku itu kosong
Kosong tiada coretan
Anggap saja isi untuk penuhi masa
Andai itu takdirnya
Biarlah ia....

Friday, 28 March 2014

Program di hari minggu

Akan berada disini semalaman.
Untuk menemani pelajar2 Rohingya.
Bagi program solat.
Semoga dipermudahkan segalanya..

p/s: terdidik dan dididik.

Monday, 24 February 2014

Jemputan

Alhamdulillah
rezeki lagi Allah nak bagi
Dapat kad jemputan dari
Rumah Seni dan Kraf Gemilanh
untuk ke pameran Puteri Pakma

wah!!!
syukur..
so apa lagi
rezeki dari Allah!!!



p/s: sentiasa bicara bersama PENCIPTA. InsyaAllah ada manisnya.

Siapa tahu?

Syukur Alhamdulillah, 
Allah sahaja tahu perasaan ini
sebab tu bak kata pepatah
"rezeki manusia tak tahu kan"

dapat jemputan untuk memberi
talk dan sharing experience
rezeki.. rezeki.. rezeki..
mana la tahu lepas ni akan lebih hebat

Diam diam ubi berisi
mana tahu esok lusa jadi lebih baik kan
Allah dah letakkan rezeki masing2
cuma kita ni sebagai hambaNya
nak percaya atau tidak
yakin atau tidak je..

Semua letak pada diri sendiri juga

Alhamdulillah


p/s: Allah pasti akan hadirkan yang terindah buat hambaNYA. YAKIN!

Saturday, 22 February 2014

U can said it

U can said anything
but u dunno me
either u know are not
my life more then
u just knows me a week
u dunno my real life actually
u dunno how much i have
to u.. u have to find urself before u said and judge it.


p/s:: my life.. Alhamdulillah u dunno me.

Makan Mewah

Alhamdulillah!
percaya dan yakin
tak payah nak bergadai golok bagai
syukur sejak berkerjaya sebagai ........
syukur dapat makan mewah2 ni
kalau dulu..
memang la parah kan
sekarang mesti makan agak mewah ni
hello!
starbucks! coffee bean!! semua ni 
dah jadi kebiasaan.
dulu jarang2 je..

syukur,
rezeki Allah
cari bukan cara menipu tapi berbakti!!!









Ish kalau nak tunjuk semua rasanya penuh kang
nak tengok mylifestyle tengok je instagram aku
kannn...
bukan LV dibanggakan sangat pun..
aigooo


p/s: Rezeki Allah jangan persiakan.. dan terus berbakti!

Pengalaman dan pembelajaran.

Cerita ini saya mengambil masa seminggu juga nak buat entry ni
al-maklum la dah sibuk dengan kerja yang lebih baik 
Alhamdulillah rezeki tak sempit pun

Sebenarnya begini mula cerita saya
 adalah berkenalan dengan seorang kenalan ni dilaman sosial
kat wechat tahu kan..???
Tempat konon2 nya nak cara kawan la..

Pada mulanya, baik2 je perkenalan dengan mamat ni
yang sangat mencurigakan aku
Dia selalu sangat ajak keluar
tapi disebabkan aku ni payah nak keluar dengan stranger

Tapi tak apa la.. nampak mamat ni macam baik la
Selepas kenal seminggu gitu la.
Dia ajak la pergi satu program ni
aku duk la tertanya2 program apa
katanya namanya yourlife
disebabkan saya ni husnuzon (fikir positive)

so time aku pun anggap je la dia nak bawak aku program ilmu
disebabkan aku ni minat ceramah-ceramah (terutama agama)
so hari tu aku pun skip la kerja petang
aku dibawa hotel nearby kat kl tower tu..

Time tu aku rasa awkward juga la ramai benar orangnya
tapi tak apa la mengenali orang tu salah kan..
so bila aku nak masuk tu aku macam culture shot juga la..
tetiba je kena tepuk and terjerit2..
Time tu aku tak la rasa apa sangat 

ni firstday aku kenal gan dia..
dipendekkan cerita la lepas je event tu g la makan2
mamat ni dok paksa aku juga g event esokkan hari
so sebab husnuzon pergi la walaupun hati berat.

cerita hari ke-2
kul 645pagi lagi mamat ni amik aku.
its ok sampai je tempat yang ingin dibawa hotel summit subang jaya
wah!!! MasyaAllah ramainya orang lebih ramai dari semalam.
bermula lah cerita... jeng jeng jeng

Enter je pintu aku dah rasa tak sedap panas semacam..
MasyaAllah!!!! Nauzubillahminzalik!
Allah je tahu perasaan aku..
TERJERIT2,, MENARI2.. 
dalam fikiran aku 
"dah kenapa dorang ni?"
husnuzon again.. mungkin nak bagi semangat gamaknya

tetiba slide depan bermula 
tajuknya
"ONE BUSINESS CONFERENCE"
time tu aku memang duduk beside mamat .
aku nak la amik gamba nak masuk instagram
tapi tetiba mamat tu cantas cakap jangan ambil

bukti aku g comperence tu

its ok la...
so merepek2 apa kat dalam tu pun aku tak tahu
duk agung2 kan orang sampai berdiri atas kerusi bagai
tak kalah perempuan yang bertudung
aduh! malunya aku sebagai wanita bertudung.
so terlintas tetiba je aku rasa mamat ni nak aku join MLM dia 
acah si one community worldwide ni pakai sistem apa
micro-macro business system
caranya sama je dik non oiii
sebabkan dah merepek2 apa tu sampai kul 7
dengan tegas aku suh mamat ni hantar balik

ok memang pada mula nya aku dapat rasa
mamat ni nak aku beli voucher dia harganya rm230
katanya untuk jadi happy member
dan sebagai tiket untuk tahu bisness ni secara lanjut
to me la.. kalau berniaga kena sorok2 ke
bila aku dah tengok berapa pelaburan dia
memang tak la..
harga e-life tu bukan murah rm24000 gitu la
hello... barang mampu milik ke tu..

kalau nak jadi IF kena bayar rm3000..
lepas2 tu apa lagi.. bergadai bagai.. meminjam bagai.. tak payah la!!!

even anak jutawan pun kena kaji selidik dulu
ok malas nak cerita apa yang mamat tu cakap 
tapi aku leh katakan berniaga ni tak salah
tapi cara orang yang nak menjual ni salah

sampai je rumah aku tak fikir makin serabut
sok hari aku msg mamat tu cakap aku taknak join sbb aku dapat banyak info 
scrams tentang one com ni..
pergh!! mamat ni mmg brainwash aku la
tapi tak apa la..
siap aku percaya kan laman sosial
hello encik fadhil kalau benda alah tu awak jual tu bagus and betul
tak adalah orang mengata

aku bukan percaya pada laman sosial pun
tapi aku bertanya pendapat mak ayah aku
tanya sahabat yang rapat dengan aku
dan yang penting hati aku kuat

to encik fadhil saifuddin or maybe df kot
"my life is my choice ok!!!"
and by the way kau mengkayakan orang cina ingat sikit steven yeam tu cina!
walaupun nak bangun kan melayu tapi tengok la cara tu terkinja2 macam berok
siap menari bagai.. hello its not budaya and cara ISLAM ok!
nak berniaga cakap je nak berniaga ok!


p/s: selamat la aku tak keluar satu sen pun.
buat kawan2 berhati2 la dengan manusia keliling kalian.
selidik dan menilai.



Friday, 10 January 2014

Wednesday, 8 January 2014

Dia

Setelah sekian lama aku tanpa habibi. Alhamdulillah. Dia bakal menjadi imamku. InshaAllah. Segalanya dalam perancangan. Jika ada jodoh tak akan kemana. Iringi doa dan usaha kini mencari rezeki.

Dia sibuk buat masa sekarang dengan hal2 kerjanya. Tapi aku percaya dia setia disana. Dan aku setia disini.

Bahagia sedang aku rasa dari dia. Terima kasih sang adam.

P/s: bakal imamku.

Tuesday, 7 January 2014

InsyaAllah

Jodoh itu memang milik Allah. Alhamdulillah aku telah menemui insan yang akan menyayangiku dan aku pun begitu. Hanya doa dan restu aku pinta dari semua mendoakan kebahagiaan aku dan dia.

Memang! Dan aku Yakin! Allah sangat mendengar suara dan doa hambaNya ini. Alhamdulillah tiada kata syukur lain. Semua ini kebesaranNya dan kasih sayang dariNya yang tiada terbatas.

Buat kamu sang adam dan bakal imamku. Akan aku jaga hubungan ini hingga jannah. Dan aku berharap kamu terakhir dalam hidup ku.

P/s: kesayangan.

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia