Selamat kunjungan ke blog Si Puitis Sepi. follow & komen sekali. tqvm ^_^

Mr. Nuffnag

Tuesday, 28 October 2014

jangan pandang dia

Aku tak pernah nak mengharapkan kau akan faham aku beribu cara
Aku tak pernah minta yang kau akan memberi sepenuh hati
Aku tak pernah menduga apa yang terjadi antara kita
dan aku tak sangka perkara yang remeh ini jadi palang.

Sejujurnya andai ada masa untuk kita pergi lebih jauh,
aku nak kau tahu yang aku tak pernah menganggap antara kita 
akan pergi lebih jauh dari tinggi gunung dan bukit
aku nak kau tahu aku hanya manusia biasa

Sedetik masa yang kau beri itu hanya sekelumit cerita
dan masa yang kau pertaruhkan hanya mainan perasaan
samaada ia akan dimamah bahagia atau dimamah derita
kau fikirlah sejuah mana sebab aku tak nak duga

tindakan dan apa yang berlaku tak pernah aku minta
dan aku tahu ini cuma mainan rasa
aku salah sebab aku beri tanpa aku tunding dan nilai siapa hak dan batil
aku nak kau tahu sebenarnya aku hanya bersahaja 

Jika ditakdirkan aku dengan kau 
adakah peluang itu akan sama rata seperti yang dulu
atau sekadar menoleh duka yang menjelang tiba
aku nak kau bersedia

Kan mudah andai diberimasa, laut dan udara
aku dah tak mahu derita seribu cerita
biarlah aku dan kau jadi dua dunia yang berbeza
yang nyata hanya pada zahir sahaja

aku tak pandang dia
dan kau jangan pandang dia
siapa?
aku dan kau tahu ceritanya

p/s:   nota tiada hujung yang pasti tetap akan berakhir

No comments:

Post a Comment

Copyright @ Segala yang tercoret adalah Hak Milik Lydia